Misi pencarian permata baru badminton bermula minggu ini apabila bintang muda dalam pembikinan dihimpunkan di tiga lokasi berbeza untuk mempamer aksi kompetitif di Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS pusingan pertama yang dijadualkan bermula dari 4 hingga 8 Mac ini.

Divisyen 1 yang terdiri dari pada negeri Selangor, Kedah, Johor, Pulau Pinang dan Sabah akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 4 hingga 8 Mac sementara Divisyen 2, Pahang akan menjadi tuan rumah yang turut diisi negeri Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur manakala Putrajaya akan menjadi hos bagi Divisyen 3 yang dibarisi negeri Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Tumpuan kategori pastinya terarah kepada saingan bawah 16 tahun dimana rata rata pemain merupakan peserta yang terlibat dalam saingan bawah 14 tahun pada edisi lalu.

Tidak kurang hebat saingan bawah 12 tahun di mana bakat bakat muda yang dikenal pasti oleh persatuan badminton negeri untuk di ketengahkan dan diberi pendedahan awal menerusi kejohanan kompetitif peringkat kebangsaan.

Bagi saingan Pusingan kedua dijadual berlangsung pada awal Julai manakala kemuncak saingan iaitu Grand Prix Final Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS tahun 2020 dijangka bakal diadakan pada November.

Jurulatih Bawah 18 tahun negara, Hafiz Hashim melihat komitmen oleh 100PLUS dalam penganjuran Sirkit Remaja Kebangsaan selaras dengan matlamat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mahu memfokuskan pembangunan akar umbi untuk melahirkan jaguh jaguh muda dalam arena badminton.

“Di bawah seliaan Datuk Misbun Sidek selaku Pengarah Pembangunan Remaja BAM, sudah tentu barisan kejurulatihan mengharapkan pemain pemain muda ini mempamerkan aksi terbaik untuk membuktikan mereka sememangnya mahukan slot selaku pemain kebangsaan,” kata Hafiz yang juga juara Seluruh England pada 2003.

100PLUS, minuman isotonic nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

100PLUS juga merupakan penaja utama Sirkit Remaja Kebangsaan100PLUS (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.

Selain BAM, 100PLUS juga menyokong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga pembangunan sukan di peringkat remaja menyokong Liga KPM.

- Advertisement -