Richard Carapaz, memanfaatkan pergunungan Andes di negara asalnya, Equador dalam persiapannya untuk Tour de France dan Olimpik.

Carapaz dari pasukan Ineos Grenadiers telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam beberapa perlumbaan sejak berpindah dari kelab Movistar pada akhir 2019 termasuk Tour de France pertamanya.

Dipetik dari temuramahnya dengan Cycling Weekly, Carapaz mendedahkan Tour de France dan Sukan Olimpik adalah dua acara terbesar dan menyasarkan untuk memenangi acara jelajah France itu serta memperoleh sebutir pingat di Olimpik untuk negaranya.

Tambahnya lagi, beliau akan menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan dan akan dibarisi skuad terbaik ke Jepun.

Pada tahun 2020, Carapaz hampir menyarungi jersi pergunungan setelah menduduki ditempat kedua memberi laluan kepada rakan sepasukan, Muchal Kwiatkowski untuk menjuarai trek tersebut. Tadej Pogacar (UAE Team Emirates) manakala, memenangi jersi polka-dot sebagai juara keseluruhan.

Juara Giro d’Italia 2019 telah melakukan beberapa pendakian dinegaranya termasuk beberapa gunung berapi seperti Volcan de Cotopaxi.

Kata Carapaz, Equador merupakan negara yang bergunung-ganang sedikit sebanyak membantu persediaannya yang masih mempunyai sebulan lebih untuk berlatih.

Laluan gunung di sekitar Eropah yang digunakan untuk perlumbaan adalah hampir seribu meter lebih rendah dari gunung-ganang Equador.

Dan bintang dari Equador ini yakin latihan yang dilakukannya dapat memberi kelebihan yang besar dari beberapa pelumba Eropah.

Carapaz akan memulakan musim 2021 di Volta a Catalunya dan diikuti oleh Tour of the Basque Country sebelum memulakan kempen Ardennes Classics.

Kemudian, beliau berkemungkinan akan berlumba di Criterium du Dauphine sebagai persiapan akhir sebelum penyertaannya di Tour de France dan Sukan Olimpik di Jepun. – Oleh Siti Zafirah Kamal

- Advertisement -