Bekas Datuk Bandar Rio de Janeiro, Eduardo Paes dituduh kerana terbabit dalam skandal rasuah melibatkan pembinaan venue bagi penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016.

Malah beliau turut dikaitkan dengan penipuan ketika pembidaan bagi merebut hak penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik bagin tahun 2016.

laporan dibuat oleh kementerian di Brazil dan diterima oleh Mahkamah Persekutuan Rio dan laporan media tempatan kes melibatkan pembinaan bangunan di Deodoro Olympic Park.

Beberapa lagi kes melibatkan Stadium Olimpik Whitewater, Pusat BMX, taman bagi sukan berbasikal MTB, pusat hoki, dan lapang sasar dimana kos pembinaan melibatkan 104 juta Euro.

Pendakwa mendakwa ada niat sengaja untuk menyekat kira kira 40 syarikat lain yang turut berminat terhadap bidaan untuk projek pembangunan.

Projek yang diberi kepada pemilik syarikat, Queiroz Galvao juga dikatakan tidak mempunyai sijil teknikal untuk venue pelbagai guna 

Malah, Queiroz juga dikatakan telah mendapat bayaran 19 juta Euro untuk kerja kerja lain namun ia dilaporkan tidak dilakukan.

Paes yang menjadi Datuk Bandar Rio sehingga 2017 bagaimanapun mengaku tidak bersalah diatas tuduhan tersebut.

Ini bukan kali pertama Eduardo Paes ditahan berhubung kes rasuah. Beliau pernah mengaku memberi suapan kepada bekas Presiden badan induk olahraga dunia IAAF, Lamine Diack sebanyak 1.2 juta Euro selain memberi rasuah untuk mendapatkan undian daripada ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk membida tuan rumah Olimpik 2016.

 

- Advertisement -