Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) bersama sama Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 dan kerajaan Jeoun bersetuju untuk menetapkan tarikh baru penganjuran temasya edisi ke 32 itu.

Menerusi persidangan dalam talian melibatkan Presiden IOC, Thomas Bach, Presiden Tokyo 2020, Mori Yoshiro, Datuk Bandar Tokyo, Koike Yuriko dan Menteri Olimpik dan Paralimpik Hashimoto Seiko, kesemua pihak bersetuju untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2020 Tokyo bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 manakala penganjuran temasya Paralimpik adalah pada 24 Ogos hingga 5 September 2021.

Tarikh ini adalah jadual yang sama penganjuran Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 sebelum IOC memutuskan untuk menunda temasya ini pada 24 Mac lalu.

Tiga pertimbang menjadi keutamaan kesemua pihak sebelum tarikh baru diputuskan; memadtikan kesihatan atlet dan semua pihak yang terlibat bebas daripada Covid-19, menjaga kepentingan dan keistimewaan atlet dan sukan sukan yang  dipertandingkan di Olimpik serta jadual kejohanan sukan diperingkat global.

Dengan tarikh baru yang telah diumumkan akan memberi ruang yang secukupnya kepada penganjur, tempoh waktu yang maksima untuk menangani kesan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara itu ketika ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua badan sukan antarabangsa, Jawatankuasa Olimpik Negara diatas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap proses rundingan sejak beberapa hari lalu.

“Dengan pengumuman ini, saya yakin kerjasama dengan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Kerajaan Jepun dan wakil bandar Metropolitan Tokyo serte semua pemegang taruh percaya penganjuran Olimpik Tokyo 2020 akan berjalan dengan lancar,”kata Thomas Bach.

Mori Yoshiro berpendapat, ia memberi ruang kepada atlet bagi melengkapkan proses  kelayakan selain persiapan yang sewajarnya.

“Yang yakin dengan keputusan pengumuman tarikh baru ini akan mempercepatkan lagi persiapan dimasa akan datang,”kata Yoshiro. 

IOC juga telah menyatakan atlet yang telah layak secara merit ke Olimpik Tokyo 2020 akan terjamin kedudukan mereka dan tidak akan berubah.

- Advertisement -