Aksi regu Alfred Lau(kiri) dan Chua Khek Wei dari pasukan Serdang BC setelah menewaskan pasangan Chen Jia Huo & Ng Di Hua dari pasukan Petaling BC dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015.
Aksi regu Alfred Lau(kiri) dan Chua Khek Wei dari pasukan Serdang BC setelah menewaskan pasangan Chen Jia Huo & Ng Di Hua dari pasukan Petaling BC dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015.

Resorts World Genting Champions Challenge - Logo 240x276Kelab Badminton Serdang menamatkan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015 di tangga ketujuh setelah mencatat kemenangan 13-10 ke atas Kelab Badminton Petaling pada aksi yang berlangsung di Arena of Stars, di sini.

Kemenangan buat Serdang disahkan oleh pemain perseorangan lelaki, Xie Binyu yang menewaskan Chen Tang Jie 3-2 (11-10, 5-11, 8-11, 11-8, 11-5) pada perlawanan terakhir selepas kedua-dua pasukan bertarung sengit sejak dari awal permainan.

Pengurus pasukan, Ong Ewe Hock berkata beliau berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pasukannya sepanjang kedua-dua pertandingan Purple League dan Cabaran Juara-Juara dan menyifatkan ia banyak membantu mematangkan aksi barisan pemain muda yang cuba diketengahkan kelab itu.

“Kita nombor lapan dalam liga, nombor tujuh di sini, ada peningkatan berbanding tahun lalu. Secara keseluruhan saya gembira kerana kita tiada seorangpun nama besar dan ketengahkan pemain muda yang merupakan bakat dari kelab ini. Ada di antara mereka tunjukkan prestasi baik, dapat keputusan baik dan paling penting dapat pengalaman yang baik,” ujar Ewe Hock.

Ewe Hock yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 berkata pasukan itu akan terus mempertaruhkan kudrat pemain muda di masa akan datang walaupun sedar ianya sukar untuk memberi cabaran serius kepada pasukan yang mempunyai nama-nama berprofil tinggi.  

Pada perlawanan klasifikasi tempat ketujuh, Adam Lau bekerja keras menewaskan Tan Vi Hen 3-2 (4-11, 11-3, 8-11, 11-5, 11-7) untuk memastikan Serdang bermula dengan langkah kanan dan mereka mengukuhkan kedudukan menjadi 6-4 menerusi pemain perseorangan wanita, Xu Wei.

Petaling bagaimanapun tidak menyerah dengan mudah dan menjadikan kedudukan 7-7 apabila pasangan beregu campuran, Ardianshah Putra/Devitika Permatasari menewaskan Pei Tianyi/Wu QianQian yang sebelum ini mencuri tumpuan dengan menewaskan bintang Olimpik Lee Hyo Jung/Han Sang Hun.

Alfred Lau dan Chua Kek Wei mengembalikan pendahuluan buat Serdang sebelum Binyu muncul wira setelah bangkit dari ketinggalan 2-1. 

20160115 - Resorts World Genting Champions Challenge 2016 - Serdang BC manager Ong Ewe Hock
“Secara keseluruhan saya gembira kerana kita tiada seorangpun nama besar dan ketengahkan pemain muda yang merupakan bakat dari kelab ini. Ada di antara mereka tunjukkan prestasi baik, dapat keputusan baik dan paling penting dapat pengalaman yang baik,” ujar Ewe Hock(kanan).

“Prinsip kelab ini adalah mengetengahkan pemain muda, menang trofi bukan satu keutamaan. Memang kalau  boleh saya juga mahu bawa pemain senior yang ada nama, tetapi kita perlu sedar kemampuan kita setakat mana dan kita belum mampu untuk lakukannya. Fokus kita adalah pembangunan.

“Jika menang trofi, saya mahu lakukannya dengan pemain saya sendiri bukannya guna khidmat pemain luar yang bagus. Kalau ada duit, penaja besar memang boleh bawa pemain seperti Lin Dan, (Lee) Yong Dae dan sebagainya untuk menang tetapi saya mahu rasa nikmat menang trofi dengan pemain yang saya ketengahkan bukannya bawa pemain yang ada nama untuk berjaya dalam sekelip mata,” tambah Ewe Hock.

Sementara itu pengurus pasukan Petaling, Wong Ah Jit berkata pencapaian menduduki tempat kelapan adalah memuaskan tetapi menegaskan bahawa mereka perlu melakukan sedikit rombakan dan penambahbaikkan terhadap skuad sedia ada jika mahu mencabar kejuaraan dengan lebih agresif.

“Kedudukan kelapan tidaklah mengecewakan tetapi kita sudah kenalpasti apa yang perlu kita perbaiki. Kita pada hakikatnya boleh berkesudahan lebih baik dari ini kerana kita ada kualiti untuk melakukannya,” ujar Ah Jit.

Sementara itu, Cheras dan Petaling Jaya sedang berentap dalam klasifikasi penentuan tempat kelima, manakala perlawanan separuh akhir di antara Muar City menentang Ampang Jaya dan Kepong menentang Puchong United akan berlangsung pada esok (Sabtu). 

- Advertisement -