Filipina memberi bayangan awal kemungkinan besar sukan Para ASEAN 2020 (APG) terpaksa dibatalkan.

Ia susulan Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) menarik balik peruntukkan yang disediakan untuk penganjuran temasya itu.

Kenyataan oleh Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina (PPC) Michael Barredo, PSC mengumumkannya pada Rabu penarikan peruntukkan bagi penganjuran Sukan Para ASEAN ke 10 itu sebahagian daripada kawalan ketat kewangan berikutan penularan Covid 19.

Malah, PSC juga mengarahkan semua acara sukan dibatalkan sepanjang tahun ini.

Tambah Barredo, matlamat untuk menganjurkan APG di negara itu amat sukar jika tiada sokongan daripada kerajaan.

PPC akan berhubung dengan Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) berhubung situasi semasa agar Lembaga Pentadbir dapat memutuskan status penganjuran Sukan Para ASEAN.

Tarikh penganjuran APG sepatutnya bermula pada Januari 2020 sebelum dipinda ke bulan Mac namun sekali lagi dipinda susulan penularan Covid 19 ke bulan Oktober.

Keputusan yang diambil PSC pastinya melukakan hati atlet para, namun Barredo berharap mereka faham tantang situasi semasa kerana sukan perlu diketepikan untuk seketika dan memberi tumpuan terhadap keselamatan yang kini menjadi keutamaan semua pihak.

PPC akan terus memantau perkembangan semasa pandemik Covid 19 dan bertindak mengikut arahan semasa kerajaan.

- Advertisement -