MALAYSIA  sekadar meraih  gangsa acara hoki dalam dewan wanita setelah kejayaan  menewaskan Singapura 3-1 pada perlawanan di ITEC pada Jumaat (25 Ogos). 

Pingat emas dimenangi Thailand setelah mengalahkan Indonesia 4-1 pada  perlawanan akhir.

Malaysia melakukan jaringan pada minit ke-3 menerusi pukulan penalti Nur Aisyah Yaacob, diikuti jaringan Noorain Mohd Arshad enam minit kemudian. 

Qasidah Najwa Muhammad Halimi pula menjaringkan gol pada minit ke-20.

Gol tunggal Singapura menerusi Sabrina Gofar pada minit ke-14.

Tikhamphorn Sakunpithak, yang membuat jaringan hatrik untuk Thailand pada minit ke-20, ke-27 dan ke-31 berkata: “Saya terlalu gembira dengan kemenangan ini. Permainan yang bagus oleh kedua-dua  pasukan.”

Jurulatih Malaysia, K Gobinathan berkata para pemainnya gugup sebelum perlawanan bermula tetapi berjaya mengatasinya.

“Mungkin mereka tertekan kerana bermain untuk pingat gangsa dan di hadapan penyokong sendiri,” kata Gobinathan.

- Advertisement -