
- Real Madrid berminat untuk bersaing dengan beberapa kelab lain dalam perebutan untuk mendapatkan bintang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho.
Gergasi Serie A, Juventus memulakan langkah untuk mendapatkan penyerang Barcelona, Ousmane Dembele secara pinjaman.

- Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengharapkan dana yang diperolehi hasil penjualan Marcos Rojo, Chris Smalling, dan Alexis Sanchez untuk mengukuhkan lagi kewangan pasukan yang terkesan akibat Covid 19.

- Tottenham Hotspurs terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah, Philippe Coutinho kerana permintaan gaji yang terlalu tinggi

- Paris St Germain menetapkan harga £156 juta dalam bentuk tunai kepada Barcelona andai mahukan penyerang mereka, Neymar kembali semula ke Nou Camp.

- Lagenda Argentina, Diego Maradona akan terus mengendalikan pasukan Gimnasia y Esgrima sehingga tamat musim 2020-2021 selepas menyambung kontraknya bersama kelab itu.
Like this:
Like Loading...