• Juventus menyatakan minat untuk mendapatkan penyerang Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang. Dua lagi kelab Eropah, Barcelona dan Inter Milan juga dikatakan berminat untuk membawa pemain berusia 31 tahun itu keluar dari Stadium Emirates.

 

  • Status pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly akan diketahui dalam masa terdekat. Pemain berusia 29 tahun irtu dijangka menyarung jersi Manchester City penghujung bulan ini selepas Liverpool dikatakan ‘mengalah’ untuk mendapatkan pemain kelahiran Senegal itu.

 

  • Manchester United masih belum berputus asa dalam misi mendapatkan pemain sayap Borussia Dortmund Jadon Sancho meskipun kelab Jerman itu meletakkan harga £118 juta jika mahu mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu.

 

 

  • Pertahanan Paris St Germain, Thiago Silva memberi bayangan akan berhijrah ke EPL dengn tiga kelab, Everton, Tottenham Hotspurs serta Wolves telah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan pemain berusia 35 tahun ini.

 

  • Liverpool dilaporkan mengalihkan tumpuan ke Allianz Arena selepas menyatakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantra selepas pemain berusia 29 tahun itu tidak bersetuju dengan kontrak baru.

 

 

  • Pemain Spurs, Tanguy Ndombele mahu meninggalkan White Harte Lane selepas dikatakan kurang selesa beraksi di bawah kendalian Jose Mourinho. Barcelona antara yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu dan bersedia untuk menawarkan samada Nelson Semedo atau Philippe Coutinho sebagai pertukaran.

  • David Luiz sah akan bersama Arsenal untuk tempoh semusim lagi. Keputusan ‘terpaksa’ dibuat kerana The Gunners tidak mempunyai pilihan lain termasuk mencari pengganti yang sesuai dalam masa terdekat.

 

 

- Advertisement -