Meskipun masa depannya bersama pasukan Indi Aspar masih samar, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terus membuktikan beliau masih belum mahu mengalah dan masih dahagakan pungutan mata.

Hafizh menamatkan saingan perlumbaan Moto2 di Litar Motorland, Aragon, Sepanyol dikedudukan ke 13 sekaligus meraih 3 mata.

Meskipun memulakan perlumbaan di petak ke 20 beliau mempamer tunggangan yang mantap untuk menamatkan perlumbaan dikedudukan ke 13, ketinggalan 26.317 saat dibelakang juara Sam Lowes.

Selepas tamat 12 perlumbaan, Hafizh Syahrin mengumpul 21 mata untuk berada di kedudukan ke 20 dengan baki 3 lagi perlumbaan untuk ditamatkan musim ini.

“Perlumbaan yang bagus kerana kami dapat mengekalkan kelajuan. Saya telah berikan yang terbaik sepanjang perlumbaan. Sedikit demi sedikit saya berjaya memintas pelumba lain. 

“Kami pulang dengan mata danb perlu bekerja keras. Dalam pada itu, kami berharap penyokong dapat mengikuti prosedur kesihatan dan dalam keadaan selamat. Kami akan lakukan yang terbaik agar penyokong dapat menyaksikan perlumbaan dari rumah,”kata Hafizh.

- Advertisement -