Oleh Muhammad Aiman
Seramai 35 atlet negara membabitkan tiga jenis sukan iaitu hoki ais, luncur ais dan ski akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia Musim Sejuk (AWG) 2017 yang berlangsung di Sapporo, Jepun dari 19-26 Februari depan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata sasaran utama adalah untuk memberikan mereka pendedahan dan juga sebagai platform persiapan terbaik bagi menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) di mana tiga sukan tersebut disasarkan dapat menyumbang pingat emas.
âKita tidak letak sasaran khusus buat mereka di Sapporo, tetapi sudah tentunya ia satu peluang pendedahan yang baik. Walaupun tanpa sasaran kilauan pingat, saya berharap mereka sentiasa kerah diri untuk catat keputusan terbaik, ada sasaran atau tidak, tekanan itu akan sentiasa ada.
âDan ini juga sebahagian daripada program Kita Juara, latihan dan persiapan atlet hadapi Sukan Sea. Kita sasarkan mereka akan menang emas di KL 2017 manakala untuk atlet ski, Jeffrey (Webb) dan Othman (Mirzan), ini juga akan menjadi satu persiapan yang baik untuk kelayakan Olimpik Musim Sejuk 2022,â kata Khairy.
Tambahnya, âWalaupun negara kita bukan berasaskan musim sejuk, namun saya percaya kontijen negara mampu berikan saingan sengit dalam setiap acara yang disertai dan meletakkan negara sebagai sebuah negara yang kompetitif.â
Khairy bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Jalur Gemilang kepada kontijen negara ke AWG 2017 di kementeriannya pada Rabu. Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datoâ Ahmad Shapawi Ismail dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria.Â
Untuk rekod, AWG 2017 akan mempertandingkan lima sukan iaitu luncur ais, ski, biathlon, hoki ais dan curling, membabitkan 11 acara secara keseluruhan. Dianggarkan seramai 1,500 atlet dari keseluruhan 30 buah negara mengambil bahagian dalam AWG edisi kelapan ini.