Indonesia muncul pasukan keempat yang mengesahkan penarikan diri daripada menyertai kejohanan badminton Piala Thomas dan Piala Uber 2020.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) menerusi perbincangan bersama yang telah dilakukan diantara Ketua Umum, Wiranto, Wakil Ketua Umum I dan Ketua Harian, Alex Tirta, Setiausaha Agung, Achmad Budiharto serta Kepala Bidang Pembinaan dan Prestasi, Susy Susanti.

Mereka tidak yakin dengan keselamatan pemain pemain yang berkemungkinan besar boleh terkena jangkitan Covid 19 terutama ketika dalam perjalanan, di lokasi transit malah di venue pertandingan.

Pemain pemain dan pegawai pasukan juga tidak yakin dengan jaminan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan serta langkah langkah yang perlu diambil andai berlaku jangkitan dikalangan pemain.

Justeru, alasan ini dijadikan asas kepada keputusan penarikan diri oleh Indonesia daripada menyertai Piala Thomas dan Piala Uber 2020 yang dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Keputusan ini juga telah diserahkan kepada Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) 

Terdahulu, Korea Selatan, Thailand, Australia dan Taiwan telah mengumumkan penarikan diri daripada mengambil bahagian di kejohanan ini.

- Advertisement -