Atlet kelahiran Kenya, Conseslus Kipruto disahkan positif jangkitan Covid 19 sekaligus terlepas peluang untuk memecahkan rekod acara lari 3000 meter berhalangan di Diamond League Herculis yang dijadual berlangsung di Monaco.

Beliau yang juga juara dunia dan pemenang pingat di Olimpik berhasrat untuk memecahkan rekod 7 minit 53.63 saat yang dilakukan pelari Kenya, Saif Shaheen ketika di Brussels pada September 2004.

Kipruto yang menjalani ujian Covid 19 sebelum dibenarkan beraksi di Monaco pada 14 Ogos nyata kecewa apabila keputusan ujian mendapati beliau dijangkiti Covid 19 sedangkan tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

Beliau tampak yakin untuk mengatasi rekod itu selepas sekian lama sepi tanpa sebarang kejohanan susulan pandemik Covid 19 diseluruh dunia.

 

- Advertisement -