Jing Yee yang juga pemain perseorangan wanita utama negara turut mengakui dia mendapat pengalaman baru menerusi penyertaannya bersama pasukan Kelab Badminton Kepong dalam Purle League 2015.
Jing Yee yang juga pemain perseorangan wanita utama negara turut mengakui dia mendapat pengalaman baru menerusi penyertaannya bersama pasukan Kelab Badminton Kepong dalam Purle League 2015.

Resorts World Genting Champions Challenge - Logo 240x276Pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yee percaya kerjasama sepasukan yang cukup utuh adalah kunci utama buat Kelab Badminton Kepong untuk mempertahankan trofi Resorts World Genting Champions Challenge yang akan berlangsung dari 12 ā€“ 17 Januari depan.

ā€œPeluang hanya satu bagi setiap pasukan, jadi ia bergantung kepada macam mana prestasi kita pada hari tersebut, perlu kerja keras dan kerjasama sepasukan adalah sangat penting.

ā€œSaya tidak rasa kita boleh pergi lebih jauh jika semangat sepasukan tidak bagus, dan itu kunci kita muncul juara tahun lepas. Kita boleh ulanginya lagi tetapi seperti saya kata, ia bergantung kepada bagaimana prestasi kita pada hari perlawanan,ā€ ujar JingYee.

Jing Yee yang juga pemain perseorangan wanita utama negara turut mengakui dia mendapat pengalaman baru menerusi penyertaannya dalam Purle League 2015 yang menutup tirainya pada Ahad, dengan Kepong menamatkan cabaran di tangga keenam dari keseluruhan 12 pasukan.

Kedudukan itu bermakna Kepong akan memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu dengan mengulangi pertembungan menentang Kelab Badminton Petaling Jaya, yang mengesahkan kedudukan naib juara liga menerusi kemenangan 11-8 ke atas mereka pada aksi terakhir.Ā 

Pengurus pasukan, Wong Kok Wai berpendapat peluang adalah seimbang dan terbuka buat semua pasukan, dan berharap pemainnya akan turun dengan aksi terbaik meskipun dijangka turun tanpa beberapa pemain utama.

ā€œKita mempunyai barisan pemain yang stabil, tapi mungkin ada beberapa pemain utama tidak boleh main, itu sedikit jejaskan peluang kita. Kita akan tukar strategi dengan melihat kepada lawan yang kita tentang.

ā€œPertandingan ini adalah kalah mati, jadi semua pasukan ada peluang. Lagipun, strategi dia sedikit berlainan kerana semua pemain utama kena main dahulu, kita perlu manfaatkan sebaik mungkin. Yang penting saya tidak mahu memberi tekanan kepada mereka dan biarkan mereka main permainan merekaā€ jelas Kok Wai. Ā 

Kok Wai turut menambah betapa kelajuan bulu tangkis menyebabkan ramai pemain ā€“ bukan sahaja dari Kepong ā€“ belum dapat menyesuaikan diri dan menganggap ini menjadikan saingan agak terbuka.

Musim lalu, Kepong muncul juara trofi Champions Challenge dengan menewaskan Kelab Badminton Muar City 13-8 pada perlawanan akhir.

- Advertisement -