Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk membantu pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi untuk pasukan Angel Nieto.

Pandemik Covid 19 tampak menjejaskan jadual perlumbaan sukan permotoran dunia ketika ini dan beliau juga tidak dapat memberi gambaran tentang masa depannya bersama pasukan itu.

Menerusi kenyataan media, KBS akan menyalurka bantuan kepada Hafizh Syahrin dalam masa terdekat.

“KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah memaklumkan perkara ini kepada Hafizh mengenai kelulusan penyaluran dana bagi membantu menampung kos perlumbaan beliau bagi tahun 2020 pada awal Mac yang lalu.

“Dana yang akan disalurkan tersebut akan diserahkan melalui Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai badan pemantau program pembangunan sukan permotoran di negara ini,” menurut KBS dalam kenyataan hari ini.

Selepas dua musim dalam kategori MotoGP, pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu kembali semula ke Moto2 musim ini bersama pasukan baharu, Angel Nieto Team. – 

- Advertisement -