Khairul Idham will miss the second round of Cub Prix at Batu Kawan

Pelumba rookie CP115, Khairul Idham Pawi bakal terlepas aksi Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015 di Batu Kawan, Pualau Pinang pada 11 dan 12 April ini kerana akan menjalani sesi latihan menjelang pusingan pembukaan Kejuaraan Moto3 Junior di Sepanyol.

Pelumba Kozi Yam Honda Racing yang telah meraih gelaran juara Wira dan Asia Dream Cup (ADC) pada musim lepas dijadualkan akan berlepas ke Sepanyol pada minggu ini untuk menjalani sesi ujian dan latihan sebelum membuat penampilan pertama di Litar Portimao, Portugal pada 26 April.

Meskipun tidak sabar untuk memulakan aksi dalam kelas Moto3 di kejuaraan tersebut, pelumba berusia 17 tahun itu turut bersedih kerana tidak dapat turun beraksi di Batu Kawan setelah dia turut kehilangan mata berharga apabila gagal menamatkan perlumbaan pusingan pembukaan di Temerloh akibat masalah teknikal jentera.

“Saya tidak sabar untuk memulakan perlumbaan Moto3 di Portimao. Beraksi dalam kelas Moto3 merupakan satu peningkatan dalam karier saya dan pada masa sama saya juga tidak sabar untuk melihat bagaimana prestasi saya ketika berhadapan pelumba-pelumba Eropah nanti,” jelas Khairul.

“Meskipun begitu, saya sedikit kecewa kerana terpaksa melepaskan aksi di Batu Kawan setelah gagal menamatkan perlumbaan pusingan pertama. Walaupun dapat mencatat masa yang pantas dan berada di grid perlumbaan akhir yang agak baik, namun saya terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal akibat masalah jentera. Saya agak kecewa kerana ketika itu saya bersaing di kelompok hadapan dan tidak mustahil mampu meraih podium.”

“Malah pada masa sama kami sebenarnya gembira dengan aksi kompetitif dan konsisten yang ditunjukkan oleh jentera kerana menunjukkan yang jurang perbezaan kami bersama pasukan sedia ada di dalam kelas ini tidak begitu jauh,” tambah Khairul.

Bercakap tentang aksi pertama Moto3 di Kejuaraan Junior Dunia bersama pasukan Honda Team Asia, pasukan sama yang disertai oleh juara ADC 2013, Hiroki Ono yang kini beralih ke saingan Moto3 di Kejuaraan Dunia, Khairul berkata, “Semuanya begitu baru bbagi saya, jentera, litar, pasukan dan juga pencabar-pencabar lain nanti. 

“Banyak yang perlu saya pelajari. Mujurlah saya menerima sokogan kuat dari pasukan dan mereka juga bersedia bekerja keras untuk melihat saya berjaya. Kami akan kembali ke Sepanyol pada minggu ini dan melakukan persediaan secukupnya untuk menghadapi perlumbaan pertama di Portimao.

 

KHAIRUL TO MISS BATU KAWAN RACE

CP115 rookie, Khairul Idham Pawi has confirmed he will sit out the second round of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Batu Kawan, Penang this 11 and 12 April to prepare for his debut in the World Moto3 Junior Championship.

The Kozi Yam Honda Racing rider who bagged the WIRA and developmental Asia Dream Cup title last year is set to depart for Spain this weekend for a test before the opening round kicks off at the Portimao Circuit in Portugal on 26 April.

Although excited to get his Moto3 campaign underway, the 17-year old Khairul was saddened to skip the upcoming Cub Prix race, saying he could have used it to secure valuable points following a poor run at Temerloh, Pahang last month due to technical issues.

“I am looking forward to the Moto3 race at Portimao. Moving up to the Moto3 class is the next step for my career and I am really excited to see how I fare against European riders,” said Khairul.

“At the same time, I feel restless missing the Batu Kawan leg because my first CP115 outing didn’t go too well. Despite posting the quickest lap time on Saturday and getting a decent grid position during Sunday’s qualifying at Temerloh, I had to withdraw after one lap when my bike malfunctioned. I was frustrated because if the bike held out, I could have finished on the podium.”

“Nevertheless, I’m pleased we have a competitive pace, not too far off from rival teams,” he added.

Speaking about his Moto3 debut with Honda Team Asia, the same camp that housed 2013 Asia Dream Cup Champion, Hiroki Ono during his stint in the Spanish Championship, Khairul commented, “I am quite nervous because everything is quite new to me and I have a lot of catching up to do.Fortunately I have great team support and they are determined to help me succeed. Now we are going back to Spain to do some final touch-up to the machine before the first race of the season starts at Portimao.”

- Advertisement -