kl-sports

Oleh Ku Mohd Lufti

Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo mengesahkan venue venue di sekitar KL Sport City bagi temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 dijangka siap pada bulan Julai.

Venue bagi acara Kuala Lumpur 2017 di Bukit Jalil melibatkan sukan antaranya olahraga, akuatik, squash, bolasepak dan badminton.

“Kami difahamkan oleh Jawatankuasa Fasiliti dan Infrastruktur di bawah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (Datuk Lokman Hakim Ali), KL Sport City dijangka siap pada bulan Julai tahun depan.

“Itu sebab kita ada beberapa venue dan tidak akan tetapkan sebelum dapat anggaran penyertaan daripada Negara Negara lain yang dijangka dalam akhir bulan ini. 

“Kita akan buat perancangan awal selepas tahu berapa Negara yang akan mengambil bahagian dalam acara acara.” Kata Datuk Low Beng Choo di siding media selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan Kuala Lumpur 2017 pada Isnin (5 Disember 2016) di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Dua lagi kluster sebagai pusat venue utama selain di Bukit Jalil adalah Pusat Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dalam pada itu, Datuk Low Beng Choo turut memaklumkan venue bagi acara bola sepak juga berkemungkinan akan ditambah kepada lima atau enam kerana beliau menjangkakan penyertaan daripada 10 negara ASEAN.

“Kita perlukan venue yang banyak untuk acara bola sepak. Tambahan pula pada edisi kali ini mempertandingkan kategori lelaki dan wanita.

“Perancangan ‘Pelan B’ tetap ada sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini pada venue pertandingan itu nanti,” katanya.

- Advertisement -