Badan bebas First Instance Body (FIB) sebelum ini telah meluluskan Lesen Kebangsaan kepada Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC dengan syarat perlu mengemukakan dokumen kewangan tambahan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025, selaras dengan Artikel 8 (l) Peraturan Pelesenan Kelab MFL.

Pihak FIB hari ini mengesahkan bahawa semua dokumentasi kewangan tambahan telah diterima daripada ketiga-tiga kelab berkenaan sebelum tarikh akhir penyerahan itu.

Setelah meneliti dan menilai dengan teliti dokumen kewangan tambahan yang dikemukakan itu, FIB telah bersetuju untuk memberikan Lesen Kebangsaan penuh kepada ketiga-tiga kelab tersebut setelah mereka berjaya memenuhi segala keperluan pematuhan yang ditetapkan.

FIB merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan serta komitmen tinggi pihak Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC sepanjang proses ini dan mengucapkan selamat maju jaya dalam saingan Liga Super bagi musim 2025-2026.

Turut telah diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB sebelum ini adalah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC serta dua kelab daripada AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC yang berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan Luar Biasa. – www.malaysianfootballleague.com

- Advertisement -