Liew Connor Axel Kai dan Jamie Tan Huan Ying mengungguli carta kedudukan hari pertama kategori Lelaki dan Perempuan A, sirkit kedua kejohanan golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia yang bermula hari ini di kelab Golf Eastwood Valley, Miri, Sarawak.

Beraksi di lapangan yang berbeza berbanding edisi 2014 di Kelab Golf Miri nyata memberi sedikit cabaran buat majoriti pemain lelaki dan perempuan terutama tiupan angin.

Namun ia bukan penghalang buat Connor untuk meletakkan namanya di carta selaku pendahulu kategori lelaki A dengan catatan par 72.

“ Permainan dan pukulan saya baik pada hari ini tetapi di sembilan lubang pertama, pukula saya ke kolam. Sedikit goyah di awal tetapi saya berjaya mengawal permainan selepas itu.

“Saya suka dengan lapangan di sini kerana bersifat mendatar walaupun green yang beralun tetapi saya berjaya untuk, menyesuaiakan diri. Saya tidak terlalu memberi fokus kepada kedudukan tetapi hanya mahu fokus kepada permainan sendiri pada hari hari seterusnya,” kata Connor.

DItangga kedua berkongsi catatan 82 pukulan 10 di atas par adalah AK Muhd Zakwan Pg Zaki Al Hakim dan Ng Li Xin. Kategori Lelaki B diungguli Muhd Harith Irfan Md Hendra Putera

Bagi saingan Perempuan A pula menyaksikan Jamie Tan Huan Ying muncul pendahulu selepas menutup hari pertama dengan catatan 73 pukulan 1 diatas par.

Beliau berkelebihan 5 pukulan di belakang Ngo Yi Belle yang sedikit bergelut pada hari pertama sekaligus menghuni tangga kedua dengan catatan 78 pukulan 6 di atas par.

“Saya bermula dengan kurang baik di awal permainan tetapi permainan saya kembali dan berjaya melakukan banyak putting dan chipping yang kemas.

“Lapangan ini bersifar mendatar, ada beberapa tempat yang mudah untuk melakukan catatan baik. Sudah tentu kedudukan ini memberi semangat untuk saya tetapi perlu tumpukan kepada putting dan chipping untuk hari seterusnya,”kata Jamie.

Seramai 64 pemain golf remaja di antara usia 13 hingga 18 tahun berkampung di di kelab Golf Eastwood Valley, Miri, Sarawak.
Sebanyak 40 pemain golf remaja berpeluang untuk memburu slot bagi beraksi dengan pemain pemain remaja dari serata dunia di Grand Finale Golf Remaja Antarabangsa bagi tahun ini.

Tiga sirkit dipertandingkan untuk mengenalpasti 40 pemain tersebut dimana Sirkit Pertama telah berlangsung di Kelab Golf Templer, Rawang dari 6 hingga 8 Jun lalu.

Manakala sirkit kedua berlangsung dari 24-26 Jun di kelab Golf Eastwood Valley,Miri, Sarawak dan sirkit ketiga pula akan diadakan di kelab golf Glenmarie, Subang pada 8-10 Julai nanti.

Aksi Grand Finale Kejohanan Antarabangsa pula dijadual berlangsung pada Oktober depan di Kelab Golf Kota Permai, Kota Damansara.
Sirkit pertama berlangsung di Kelab Golf Templer Park, Rawang dari Selasa hingga hari ini (Khamis) dimana enam kategori dipertandingkan untuk lelaki dan perempuan diantara usia 13 hingga 18 tahun.

KEDUDUKAN PEMAIN SELEPAS HARI PERTAMA, SIRKIT KEDUA KEJOHANAN GOLF 100PLUS SRIXON JELAJAH PEMBANGUNAN MALAYSIA, KELAB GOLF EASTWOOD VALLEY, MIRI, SARAWAK.

Lelaki A

1 LIEW CONNOR AXEL KAI 72
2 AK MUHAMMAD ZAKWAN B PG HJ ZAKI AL HAKIM 82
3 NG LI XIN 82
4 BRANDON WONG YI 84
5 ADISON TEO JUN ZHI 89

Perempuan A

1 JAMIE TAN HUAN YING 73
2 NGO YI BELLE 78
3 ABIGAIL KEDUNG PEARSON 80
4 NUR FATIN SYAMIMI BT MOHD SHAFIE 82
5 PRISCILLA MOH XIAN XIEN 84

Lelaki B

1 MUHAMMAD HARITH IRFAN B MD HENDRA PUTERA 81
2 ETHAN CHEE JIAN HAO 82
3 AK MUHAMMAD ZAIDAN B PG HJ ZAKI AL HAKIM 82
4 SEBASTIAN ZANE FONG SHAN ZIE 86
5 MUHAMMAD FARISH ABDULLAH 86

Perempuan B

1 BERNICE HWANG EE XUAN 84
2 NUR FATHYA EMYLDA 85
3 SARAH PAULINA SYLVESTER 94
4 GOH WERN HWEI 94
5 CHRYSMI CHAN MAN MAN 98

- Advertisement -