SEMINAR Ketua Kontinjen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berakhir Ahad (19 Feb 2017) dengan jaminan tuan rumah Malaysia untuk memastikan temasya edisi ke-29 itu menjadi antara yang terbaik dari segi pengalaman dan penganjuran.  

Berbaki enam bulan sebelum temasya bermula 19 Ogos ini, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 Malaysia, menerusi seminar dan siri lawatan venue dua hari itu, memberi jaminan akan sentiasa memastikan persiapan berada di landasan tepat.

Malahan, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Dato’ Lokman Hakim Ali, terdapat beberapa venue yang telah pun siap lebih awal daripada jadual asal.

“Ada venue yang dinaik taraf dan diperbaiki sudah pun siap. Tiada pembinaan venue baru, semuanya naik taraf, kita merancang untuk menerima venue berkenaan pada Mac ini.

“Antaranya termasuk Stadium Bola Keranjang Malaysia (MABA), Velodrom Kebangsaan dan Trek BMX  di Nilai, Akademi Badminton Negara, venue Petanque di Cheras, malahan banyak venue lain yang kini sudah siap antara 80 hingga 90 peratus,” kata Dato’ Lokman yang melakukan pemeriksaan secara konsisten ke atas venue terbabit bagi memastikan segala berjalan mengikut jadual.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Sekretariat MASOC Kuala Lumpur 2017, Dato’ Seri Zolkples Embong berkata selain acara ujian untuk menguji kesiapsiagaan venue, ujian teknikal lain akan dijalankan seperti ujian untuk pegawai teknikal, menguji keberkesanan sistem keputusan dan sistem ujian masa.

“Segala ujian perlu dilakukan bulan depan bagi memberikan kita ruang dan masa cukup untuk memperbaiki kekurangan sekiranya ada sebelum bermula temasya nanti,” kata Dato’ Seri Zolkples.

Selesai sesi lawatan ke venue utama Sukan SEA 2017, ketua kontinjen memberikan reaksi positif terhadap persiapan Malaysia menjelang bermula Sukan SEA pada 19 Ogos nanti.

Pada Ahad (19 Feb 2017) delegasi dari semua 11 negara peserta dibawa meninjau persiapan tiga kluster utama Sukan SEA di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Bandar Sukan Kuala Lumpur (Bukit Jalil) dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur serta Kompleks Sukan Air di Putrajaya dan Velodrom Kebangsaan di Nilai. 

APA KATA MEREKA:

“Saya kagum dan teruja dengan persiapan penganjuran oleh Malaysia dan telah memberitahu rakan-rakan di Filipina mengenai keseriusan Malaysia dalam menganjurkan Sukan SEA kali ini. Kami perlu lebih bersedia dalam tempoh dua tahun menjelang Sukan SEA 2019 nanti dan akan memastikan pihak-pihak berkaitan di Filipina dapat melihat semua usaha dan persiapan venue yang sedang dilakukan di Malaysia untuk Sukan SEA nanti.” – CYNTHIA CARRON, Ketua Kontinjen Filipina

————————————————————————————————————–

“Tahniah kepada Malaysia di atas segala persiapan yang baik. Anda bertuah mempunyai teraju pimpinan yang mantap bagi memastikan kelancaran penganjuran. Khidmat sukarelawan juga amat baik dan saya yakin segalanya berjalan sempurna nanti. Saya dapat melihat bahawa persiapan sudah mencapai tahap 80 peratus, saya yakin Malaysia akan jadi penganjur yang baik.” – PROF DR SUPITR SAMAHITO, Timbalan Ketua Kontinjen Thailand

————————————————————————————————————–

“Kami amat berpuashati dengan persiapan Malaysia dan segala maklumat terperinci mengenai penganjuran yang dibentangkan sepanjang Seminar. Saya yakin, Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur nanti akan berlangsung dalam keadaan yang terbaik dan jaya.” – TRAN DUC PHAN, Ketua Kontinjen Vietnam

————————————————————————————————————–

 “Apa yang dapat disimpulkan ialah segala usaha yang dilakukan Malaysia begitu mantap, persiapan penganjuran keseluruhan berjalan lancar dan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan venue juga tiada halangan. Saya yakin segalanya siap dalam tempoh satu atau dua bulan ini.” – MATEUS DA CRUZ CARVALHO, Ketua Kontinjen Timor Leste   

————————————————————————————————————–

FIVE VENUES COMPLETED AHEAD OF SCHEDULE, READY FOR TEST EVENTS

THE 29th SEA Games 2017 Chef-de-Mission Seminar ended Sunday (19 Feb 2017) on a positive note, with host Malaysia promising athletes, officials and participating countries a smooth and competitive Games. 

As the 2017 Games, which opens officially on 19 August, draws closer, the Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017 has said that preparation for the Games, which will see the participation of more than 7,000 athletes and officials, are well on track.

Reiterating the commitment, Youth and Sports Ministry Secretary-General Dato’ Lokman Hakim Ali, said refurbishment and upgrading works at several key venues have been completed ahead of schedule.

“Construction works at venues have been going on smoothly and some have been completed ahead of the scheduled dates. There is no new construction as we have sufficient facilities for the Games.

“This includes the Basketball Stadium (MABA), National Velodrome and BMX Track in Nilai, National Badminton Academy, the Petanque venue in Cheras and many other venue which by next month, will reach 80 percent of completion,” said Dato’ Lokman who has been making regular inspection to ensure all venues will be ready in time for the Games.

Meanwhile, MASOC Secretariat Chief Executive Officer Dato’ Seri Zolkples Embong said apart from test events at venues, a series of tests on technical aspects will be conducted involving various technical officials, the results system as well as the timing system of the Games.

“All tests have to be done in March to allow us ample time to improve on any shortcoming before the Games starts,” said Dato’ Seri Zolkples.

At the end of the seminar and venue visit, Chef-de-Mission from the participating countries expressed satisfaction and gave positive reactions over Malaysia’s preparation and organisation for the Games.

On Sunday (19 Feb 2017), the delegation had a closer look and inspected venues at the Games’ three main clusters, namely the Malaysian International Trade and Exhibition Centre (MITIEC), Kuala Lumpur Sport City, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Putrajaya Watersports Complex and the National Velodrome and BMX Track in Nilai.

 

WHAT THEY SAY:

“I’m truly amazed and fascinated at Malaysia’s preparation for the Games. I’ve texted my colleagues in Manila, informing them of the great work Malaysia has done in preparing for the Games…and that we must get ourselves ready in two year’s time when Manila host the Games in 2019. It’s great to see the venues are well prepared for the Games.”– CYNTHIA CARRON, Chef de Mission, PHILIPPINES

————————————————————————————————————–

“Congratulations to MASOC for the smooth preparation thus far, and credit should be given to the authority and those who are entrusted in leading the preparation of the Games. The volunteers were very helpful, well-trained… I’m quite certain that Malaysia will be a successful host come August.”– PROF DR SUPITR SAMAHITO, Deputy Chef-de-Mission, THAILAND

————————————————————————————————————–

“We are extremely satisfied with what we’ve seen here in Kuala Lumpur…the preparation work has been smooth and pertinent information on the 2017 were well presented during the Seminar. I’m confident that the KL2017 Games will be well-organised.”– TRAN DUC PHAN, Chef de Mission, VIETNAM

————————————————————————————————————–

“I’m pleased to see that preparation for the Kuala Lumpur Games are well on track, the overall organization as well as construction and upgrading works at venues. Everything should be in order in the coming months.” – MATEUS DA CRUZ CARVALHO, Chef de Mission, TIMOR LESTE

- Advertisement -