ltdl.16Selepas diberi kepercayaan untuk menganjurkan jelajah berbasikal terbesar di Asia, Le Tour De Langkawi, ketua pegawai operasi Cyclista, Emir Abdul Jalal berpendapat, LTDL edisi ke 21 merupakan kenangan paling manis berbanding edisi yang pernah dikendalikannya.

Meskipun hanya diberi masa kurang tiga bulan untuk menganjurkan perlumbaan ini, namun pencapaian yang dilakar sehinggalah hari terakhir perlumbaan diluar jangkaan.
Malah, tiada laporan melibatkan isu isu besar berlaku sepanjang penganjuran perlumbaan.
‘Lebih menarik untuk diperkatakan, penglibatan orang ramai yang datang disetiap venue pertandingan adalah cukup hebat berbanding sebelum sebelum ini. Sambutan melibatkan acara acara sampingan juga memberansangkan dan meriah walaupun hanya pertandingan permainan tradisional.’ kata Emir Abdul Jalal.
Pelumba negara juga tidak boleh diketepikan kali ini kerana berjaya melakar sejarah baharu dalam perlumbaan berstatus Hors.
Pelumba Terengganu Cycling, TSG, Mohd Adiq Hussaini Othman berjaya menempa nama apabila muncul pelumba terbaik Asia bagi LTDL edisi ke 21.
Adiq mengumpul 28 jam 32 minit 31 saat, mengatasi pencabar terdekat daripada pasukan Aisan Racing Masakazu Ito dengan kelebihan dua saat.
Adiq mula menyarung jersi putih, pelumba terbaik Asia tajaan Wolswagen di peringkat kelima sehingga ke peringkat terakhir.
Malah, Adiq muncul pelumba terbaik negara apabila berjaya menempatkan diri di kedudukan ke 21 dalam senarai kedudukan pelumba keseluruhan yang dimenangi Pelumba Dimension Data Reinardht Jans Veen Reinsburg. 
Selain itu, Emir turut memberi bayangan awal, penaja penaja yang terlibat pada tahun ini akan terus menaja bagi perlumbaan LTDL 2017.
Malah, jika diberi masa yang lebih panjang, Emir Abdul Jalal tidak menolak kemungkinan untuk menjemput lebih banyak pasukan berstatus pro tour untuk beraksi di Le Tour De Langkawi edisi berikutnya.
- Advertisement -