Ketua Pasukan Malaysia Mohd Syahir Asyraf Rosli(merah) ketika menentang Chinese Taipei di Kejohanan Ragbi Asia Div. 2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Kredit Foto - Sukandaily.com.my
Ketua Pasukan Malaysia Mohd Syahir Asyraf Rosli(merah) ketika menentang Chinese Taipei di Kejohanan Ragbi Asia Div. 2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Kredit Foto – Sukandaily.com.my

PETALING JAYA – Persembahan awal separuh masa pertama oleh pasukan kebangsaan hampir mengusarkan sebahagian besar para penyokong setia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Asia 2015 Divisyen 2(Asia Rugby Championship 2015 – ARC 2015) menentang Chinese Taipei di sini. Sebaik wisel ditiup, pasukan Chinese Taipei yang melakukan sepak mula terus ditangkap kemas oleh pasukan kebangsaan mula mengawal bola untuk mengatur serangan demi serangan. Seawal minit ke-6, hasil larian pantas Vatimio Rabebe dari tepi padang dan balingan kemas terus kepada Atunasia Lacadamu Takubu berjaya membuahkan hasil melalui jatuhan try pertama namun gagal untuk mengutip mata penuh melalui tendangan conversion.

Chinese Taipei yang terus mengasak kubu pertahanan dengan hantaran bola yang kemas dan larian pantas mula memberi kejutan kepada pasukan kebangsaan. Setelah hampir 16 minit bergasak dalam kubu pasukan kebangsaan akhirnya Chinese Taipei berjaya mencuri 14 mata pertama lengkap mereka hasil dari jatuhan try dan tendangan conversion. Asakan demi asakan oleh Chinese Taipei untuk terus merobek jentera pertahanan negara sentiasa memberi tekanan kepada barisan pertahanan negara. Seolah-olah apa yang dirancangkan belum sempat dilaksanankan oleh pasukan kebangsaan kini terpaksa berhempas pulas untuk mencuri bola. Saiz fizikal yang bukan menjadi ukuran oleh Chinese Taipei terus berjaya untuk menebuk mendapatkan mata demi mata sehinggakan pada separuh masa pertama pasukan kebangsaan ditinggalkan dengan kutipan mata sebanyak 13 berbalas 10.

Sebaik sepak mula separuh masa kedua, pasukan anak didik Lee Nyuk Fah tanpa membuang masa terus fokus menterjemah segala perancangan strategi yang telah diatur. Seawal minit ke-2 pada separuh masa kedua ini, tepukan gemuruh dari para penonton di stadium dihadiahkan kepada Tengku Mohd Fariz Tengku Roslan selaku anak tempatan pertama yang berjaya mendapatkan jatuhan try bagi kejohanan ini dan kutipan mata lengkap melalui tendangan conversion oleh Sae Faalupega sekali gus mendahului kutipan mata perlawanan sebanyak 17 berbalas 13.

Semangat juang pasukan kebangsaan mula membara apabila serangan demi serangan pantas dilakukan dan terus menambah kutipan mata sekali gus memberi tekanan kepada pasukan Chinese Taipei. Pasukan lawan yang pada awalanya di separuh masa pertama menguasai perlawanan kini mula hilang punca apabila sering melakukan kesilapan. Namun Dinesvaran Krishnan selaku ‘azimat’ semangat juang pasukan masih gagal memperolehi ruang untuk mencipta peluang yang dinantikan setelah sentiasa dikunci kemas oleh pasukan lawan. Pasukan kebangsaan juga turut kehilangan beberapa peluang apabila gagal menyempurnakan tendangan conversion mudah di hadapan tiang gol dan beberapa peluang lain yang disia-siakan begitu sahaja.

Pada minit-minit terakhir hasil balingan kemas Seru Pepeli Naqasima memberi peluang kepada Mohd Syahir Asraf Rosli selaku kapten pasukan untuk terus mengutip mata terakhir dengan larian pantas sejauh 22 meter terus mara melepasi mudah kubu pertahanan lawan dan berjaya melakukan try di bawah tiang gol. Tendangan conversion mudah yang disempurnakan oleh Isoa Vuluma Turuva sekali gus mengikat mata perlawanan sebanyak 46 berbalas 13.

“Untuk perlawanan pertama ini, Pasukan Chinese Taipei sememangnya pasukan yang tidak boleh dipandang rendah kerana sentiasa memberi kejutan sebelum ini. Tidak dinafikan kelemahan yang ketara adalah tendangan conversion dan itu perlu diberikan perhatian serius untuk perlawanan seterusnya nanti” ulas jurulatih pasukan ragbi Malaysia, Lee Nyuk Fah

Mengulas tentang perlawanan seterusnya, Lee Nyuk Fah berkata “Sememangnya tidak dinafikan corak permainan oleh pasukan UAE adalah bagus di mana mereka dibarisi oleh para pemain warga ekspatriat yang berpengalaman dan faktor cuaca bukan masalah besar bagi mereka. Untuk itu, kami perlu memperkemaskan barisan pertahanan kami dan memanafaatkan segala pengalaman yang dimiliki oleh para pemain kita”

Ketua Pasukan Malaysia Mohd Syahir Asyraf Rosli(merah) ketika menentang Chinese Taipei di Kejohanan Ragbi Asia Div. 2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Kredit Foto - Sukandaily.com.my
Ketua Pasukan Malaysia Mohd Syahir Asyraf Rosli(merah) ketika menentang Chinese Taipei di Kejohanan Ragbi Asia Div. 2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Kredit Foto – Sukandaily.com.my

Sebelum itu pada perlawanan pembuka pertama Kejohanan Ragbi Asia 2015 Divisyen 2 ini telah menyaksikan pasukan Kesatuan Arab Emirates(UAE) berjaya mengalahkan pasukan Thailand dengan kutipan mata 53 berbalas 22. Walaupun Thailand sentiasa mempunyai peluang untuk mendapatkan kutipan mata, namun faktor saiz fizikal dan kudrat pasukan lawan yang sebahagian besar terdiri dari warga ekspatriat menjadi halangan untuk beraksi dengan baik.

Hasil dari keputusan perlawanan tersebut, UAE pasti memberi amaran awal kepada pasukan kebangsaan untuk bekerja keras pada perlawanan seterusnya yang akan berlansung pada 13 Mei 2015(Rabu) nanti pada jam 0500 petang. Para peminat ragbi tanah air dijemput hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya tanpa sebarang bayaran untuk memberi sokongan padu.

 

Keputusan Penuh Kejohanan Ragbi Asia 2015 – Pusingan Pertama
Kesatuan Arab Emirates(UAE) vs Thailand – 53 – 22
MALAYSIA vs Chinese Taipei(Taiwan) – 46 – 13

Jadual Kejohanan Ragbi Asia 2015 – Pusingan Ke-2
13 Mei 2015(Rabu) 0500 Petang:
0300 Petang – Chinese Taipei(Taiwan) vs Thailand
0500 Petang – MALAYSIA vs Kesatuan Arab Emirates(UAE) – Sukandaily.com.my

- Advertisement -