hariff.salleh

Oleh Ku Mohd Lufti

Peringkat terakhir lumba berbasikal Jelajah Thailand melabuhkan tirainya hari ini menyaksikan tiada pelumba negara menaiki podium.

Peringkat keenam dari Loei ke Udon Thani dengan jarak 167.7 kilometer dimenangi pelumba pasukan Seoul Cycling, Kim Ok Cheol.

Peringkat terakhir perlumbaan menyaksikan pertukar jersi berlaku bagi kesemua kategori.

Pelumba pasukan Attaque Gusto, Benjamin Hills merampas jersi pendahulu keseluruhan daripada pelumba KSPO, Joo Kangeun.

Raja pecut pula sah milik pelumba Jepun yang beraksi untuk Aisan Racing, Shiki Kuroeda sekaligus menafikan impian Harrif Salleh yang akur kekal di tangga kedua.

Pencapaian skuad lebuh raya Malaysia boleh dibanggakan apabila menamatkan Jelajah Thailand di tangga ketiga keseluruhan, mengumpul 71 jam, 31 minit, 55 saat.

“Jelajah Thailand 2012, saya berjaya meraih keputusan muncul tempat ketiga berpasukan keseluruhan. Kali ini saya bukan sahaja berjaya menyamai pencapaia tersebut. Malah saya berjaya membawa pulang jersi biru, selain menampilkan dua pelumba muda yang sangat berbakat besar. Sebagai bukti, Mohammad Nur Aiman berjaya muncul naib juara jersi biru. Ini adalah satu kejayaan yang sangat besar kepada pasukan kebangsaan Malaysia. Saya harap kemenangan ini akan membuka mata ramai pihak dan tampil membantu pasukan kebangsaan Malaysia,” katanya.

- Advertisement -