Bekas pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino sah menjadi ketua jurulatih kelab gergasi Ligue 1 Perancis, Paris St Germain.

Beliau yang membawa Spurs ke pentas final Liga Juara Juara Eropah musim 2019 dipecat daripada White Harte Lane pada November tahun itu selepas aksi hambar pasukan itu.

Spurs menghuni ta gga ke 19 ketika itu memaksa pengurusan untuk memecat beliau dan menggantikannya dengan Jose Mourinho.

Pengendali berusia 30 tahun itu mengikat kontrak bersama PSG sehingga 30 Jun 2022 dengan tambahan satu tahun lagi sebagai pilihan.

Nama jurulatih kelahiran Argentina itu tidak asing dalam pasukan PSG dimana beliau pernah menyarung jersi sebagai pemain itu pada 2001 dan 2003.

PSG kini menghuni tangga ketiga Ligue 1 dimana tugas ‘getir’ yang menanti Pochettino adalah saingan peringkat kalah mati Liga Juara Juara menentang Barcelona pada buan Februari dan Mac depan.

Bekas pengendali, Thomas Tuchel dipecat pada 29 Disember tahun lalu selepas dua tahun setengah mengendalikan pasukan itu.

Pochettino nyata teruja untuk ‘kembali’ semula ke PSG dan akan meletakkan sasaran dan misi sebaik mungkin selain bekerjasama dengan pemain pemain terbaik dunia.

 

 

- Advertisement -