foto – Peraktbgmy

 

Persiapan pasukan Perak FC menjelang saingan Liga Super 2021 tampak ‘tergendala’ seketika apabila ketua Jurulatihnya, Mehmet Durakovic tidak lagi bersama pasukan itu.

Pengumuman itu dibuat hari ini menerusi Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed.

Perbincangan telah diadakan selama seminggu berhubung masa depan Mehmet bersama The Bos Gaurus dimana beliau yang juga bekas pengendali Selangor memutuskan untuk tidak bersama Perak FC dan memilih untuk kembali ke Australia atas urusan keluarga.

Pengurusan akur untuk menerima keputusan pemergian Mehmet meskipun ia merupakan sesuatu yang amat sukar untuk dibuat.

Perak FC juga dalam pada masa yang memutuskan untuk melantik bekas pengendali Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt untuk menerajui pasukan itu.

Chong Yee Fatt merupakan bekas pemain Perak ketika 1981 – 1983 serta 1986 malah beliau juga pernah menjadi pembantu jurulatih ketika Perak dibawah kendalian Karl-Heinz Weigang.

 

- Advertisement -