sea_games_2017Oleh Ku Mohd Lufti

Keputusan untuk menggabungkan dua temasya, Sukan SEA dan Para ASEAN pada tahun depan tampak memberi bebanan yang berat buat Malaysia.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar melihat, banyak aspek yang perlu dinilai pihakpenganjur andai berhasrat untuk menggabungkan kedua dua temasya ini.

“Perkara ini masih lagi perlu diteliti oleh SEGF untuk persetujuan, saya rasa pihak penganjur akan berdepan cabaran dari aspek teknikal, penginapan dan pengangkutan serta venue venue pertandingan.

“Segalanya bergantung kepada SEAGF untuk memutuskan dan kertas cadangan yang akan dibentangkan perlu dipastikan agar tidak mengganggu perjalanan Sukan SEA.”Kata Tan Sri Tunku Imran.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini mengumumkan, Persekutuan Sukan Para ASEAN (ASPGF) bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk mengadakan dua temasya serentak pada tahun depan.

Malah, KBS telah mengkaji aspek aspek seperti teknikal, pengadilan, prasarana dan sebagainya untuk menganjurkan Sukan SEA dan Para ASEAN serentak.

Namun, jelas Tan Sri Tunku Imran, keputusan masih belum boleh ditentukan kerana perlu mendapat persetujuan daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang akan bermesyuarat pada 13 dan 14 Julai nanti.

“Bunyinya mungkin mudah tetapi mereka (Para ASEAN) mencadangkan sebanyak 390 acara dalam 16 jenis sukan dan ianya bukan jumlah yang sedikit berbanding jumlah acara yang kami cadangkan.

“Tetapi perlu diingatkan, saya sebagai wakil dalam SEAGF, keutamaan perlu diberikan kepada Sukan SEA termasuk garis panduan, keputusan dan sebagainya,” kata Tan Sri Tunku Imran.

- Advertisement -