terengganu.fa.887

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas menerima teguran daripada kerajaan negeri, pasukan Terengganu tiada pilihan lain dan perlu memastikan kemenangan diraih ketika menentang Perak dilaman sendiri malam ini.

Pengendalinya, Mike Mulvey tahu akan mesej yang disampaikan, namun tidak mahu menekan butang panik, dan masih optimis Skuad Peteh mampu meraih kemenangan.

“Tiada perubahan yang dilakukan dalam persiapan pasukan. Adalah penting untuk mengembalikan keyakinan terhadap penyokong . Kami agak suram dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Kami mengharapkan penyokong penyokong untuk terus berada dibelakang kami,” kata Mulvey.

Terenggau tewas dalam dua perlawanan liga Super dan kini mengumpul 9 mata selepas mengharungi 7 perlawanan.

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, PBSNT telahpun mengadakan pertemuan dengan pemain dan barisan kejurulatihan susulan aksi longlai Terengganu dalam saingan Liga Super.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat sebelum ini memberi amaran kepada pengurusan PBSNT agar melakukan perubahan terhadap prestasi pasukan Terengganu atau bakal berdepan tindakan drastic, termasuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa, EGM.

- Advertisement -