Gandingan Pearly Tan-M Thinaah memastikan pasukan A muncul juara Piala Presiden bagi kategori berpasukan wanita sekaligus menewaskan pasukan B, 3-2.

Selepas saingan kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang berlangsung pada Ogos lalu, BAM meneruskan inisiatif untuk menganjurkan Piala Presiden untuk memastikan pemain pemain kekal di tahap terbaik.

Perlawanan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Mata pertama pasukan A disumbang Soniia Cheah yang menewaskan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 Filipina, S Kisona dengan kemenangan straight set 21-14, 25-23.

“Saya perlu memberikan pujian kepada S Kisona kerana memberikan tentangan yang sengit dan sudah tentu gembira untuk memberikan mata pertama untuk pasukan A

“Tetapi saya perlu perbaiki cara bermain kerana melepaskan mata mudah dan terlalu ghairah untuk memburu mata,” kata Soniia.

Pasukan B bangkit menyamakan kedudukan menerusi pasangan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang melakar kemenangan straight set 21-10, 21-14 ke atas gandingan Vvian Hoo-Yap Cheng Wen.

Namun, perseorangan kedua pasukan A, Goh Jin Wei yang kembali semula ke gelanggang selepas lebih setahun berehat memberikan mata kedua sekaligus mendahului 2-1 dengan menewaskan Eoon Qi Xuan straight set 21-12, 21-9.

“Penampilan pertama ini saya gunakan sebagai penilaian awal dan secara keseluruhan, saya sudah mencapai 60 peratus ke 70 peratus dan berpuas hati dengan perlawanan hari ini,”kata Jun Wei.

Naib juara Jemputan BAM bergu wanita, Pearly Tan-M Thinaah memastikan pasukan A muncul juara Piala Presiden selepas  mengatasi cabaran Toh Ee Wei-Yap Ling dengan kemenangan straight set 21-17, 21-15 sekaligus mendahului pasukan B, 3-1.

“Kejohanan berpasukan berbeza dengan acara individu kerana rakan rakan sepasukan sentiasa memberikan kata kata semangat.

“Kami turun tanpa sebarang tekanan kerana kami sudahpun mendahului 2-1 dan hanya perlu pastikan kemenangan menjadi milik kami,” kata Pearly.

Pemain muda, Lee Ying Ying memberikan mata kedua untuk pasukan B selepas melakar kemenangan straight set 21-17, 21-7 ke atas K Letshaana.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN:

WS1- Soniia Cheah lwn S. Kisona – 21-14 25-23 (1-0)

WD1 – Vivian Hoo – Yap Cheng Wen lwn Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean 10-21 14-21 (0-1)

WS2 – Goh Jin Wei lwn Eoon Qi Xuan – 21-12 21-9 (1-0)

WD2 – M. Thinaah – Pearly Tan lwn Toh Ee Wei – Yap Ling 21-17 21-15 (1-0)

WS3 – K. Letshaana lwn Lee Ying Ying 17-21 7-21 (0-1)

- Advertisement -