Atlet kebangsaan akan dibekalkan dengan pek sacet 100PLUS, minuman istonik nombor satu di Malaysia, ketika bertanding menggalas tugas negara di luar negara samada di Gold Coast, di Jakarta atau di mana saja negara di dunia. Ianya menjadi kenyataan apabila 100PLUS memperkenalkan minuman bukan berkarbonat popular 100PLUS Active dalam bentuk sacet.

Sacet 100PLUS active itu disediakan dalam bentuk serbuk seberat 15 gram untuk memudahkan atlet negara membawa bersama minuman kegemaran mereka itu setiap kali berada di luar negara.

“100PLUS merupakan penaja rasmi Majlis Sukan Negara dan kami sedia maklum bahawa atlet kebangsaan sentiasa memastikan tubuh badan berada dalam keadaan hidrasi menerusi minuman 100PLUS. Kami mahu memastikan atlet negara masih boleh menikmati minuman kesukaan mereka apabila berada di luar negara, samada untuk latihan atau pertandingan.  Ini penting untuk membolehkan atlet sentiasa sedar dan fokus serta tahu apa sebenarnya yang mereka minum,” kata Engku Isyamuddin Tuan Losin, Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.

Engku Isyamuddin menyerahkan pek pertama sacet 100PLUS Active kepada Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi pada satu majlis ringkas di sini. Pek berkenaan akan diserahkan kepada para atlet yang akan bertanding pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast dan acara-acara sukan lain di masa depan. Turut hadir pada majlis berkenaan, Perunding F&N, Datuk Kamal Harun.

Selain atlet, orang ramai dan pengguna juga berpeluang menikmati minuman 100PLUS Active dalam bentuk sacet itu yang boleh didapati dengan membeli secara atas talian di Shopee dan 11th Street. Pek sacet berkeaan juga boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watsons di seluruh negara dan famasi bebas yang terpilih.

Pek sacet berkenaan dikeluarkan dalam bungkusan kotak yang mengandungi lima sacet dengan harga RM8.

100PLUS merupakan minuman yang disyorkan oleh Majlis Sukan Negara. 100PLUS merupakan penyokong dan pendokong kuat sukan negara. Pada masa ini, 100PLUS menaja Liga Bolasepak Malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia, Liga KPM anjuran Kementerian Pendidikan dan pelbagai acara dan badan sukan lain.

100PLUS juga mempunyai beberapa Duta Jenama termasuk pemain badminton Datuk Wira Lee Chong Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Goh Jin Wei dan pelari pecut Khairul Hafiz Jantan.

- Advertisement -