Tiada istilah rehat atau bergembira untuk skuad Malaysia bawah 16 tahun negara ketika ini di Kejuaraan AFF B16 dimana Harimau Muda perlukan kemenangan ke atas Singapura petang ini untuk memburu slot terakhir ke pusingan kalah mati.

Tiada formula khas yang akan dicipta oleh skuad kendalian Raja Azlan Shah Raja Soā€™ib dalam misi mencari kemenangan ke atas Singapura, sebaliknya menuntut semangat yang sama dipamerkan ketika Malaysia membaham Brunei pada Jumaat.

ā€œKesemua pasukan memiliki peluang yang sama. Tetapi untuk mencapai matlamat, pemain pemain perlu mengekalkan momentum sedia ada, mempunyai moral yang tinggi dan berkeyakinan penuh untuk mara ke pusingan seterusnya,ā€kata Raja Azlan

Malah, bagi Raja Azlan, apa sahaja yang berlaku diluar padang bukan persoalan yang perlu difikirkan lagi ketika ini kerana perjuangan mereka dalam kejohanan ini lebih penting ketika ini.

Tambahnya lagi, kurang perlawanan serta baru pulih daripada kecederaan antara punca aksi yang belum mencapai tahap yang diletakkan oleh Raja Azlan terhadap pemain pemainnya.

Namun, beliau tidak menolak beberapa pemain boleh dianggap sebagai cemerlang selepas dua perlawanan yang telah diharungi dalam kumpulan B.

ā€œKebanyakkan daripada mereka baru pulih daripada kecederaan dan kurang bermain dalam tempoh dua bulan sebelum ini.

ā€œKapten (Ali Imran Sukari), Mohd Ikhwan Mohd Hafizo, Alif Daniel Abd Aziz dan Muhd Danial Amali antara yang menunjukkan peningkatan yang baik khususnya ketika perlawanan menentang Brunei,ā€kata Raja Azlan lagi.

Selepas mengharungi dua perlawanan, Malaysia menduduki tangga ketiga dengan tiga mata, dibezakan dengan tiga mata dibelakang Laos.

Mahu atau tidak, Malaysia perlu mengharapkan pendahulu kumpulan B, Thailand untuk melakar kemenangan ke atas Laos sekaligus mencerahkan peluang merampas kedudukan kedua.

Laos menjaringkan lima gol sementara Malaysia dengan tujuh gol telahpun diraih sementara kedua dua pasukan bolos tiga gol.

Malaysia perlu melakar sekurang kurangnya dua gol tanpa bolos ke atas Singapura untuk memintas Laos selain mengharapkan pasukan kendalian Kanlaya Sysomvang tewas atau seri dan gagal menjaringkan gol.

Thailand pastinya tidak mahu menutup saingan kumpulan dengan kekalahan kerana mereka telah pun layak ke separuh akhir dan mengumpul mata maksimum selepas tiga perlawanan.

Selepas menentang Singapura, Malaysia akan melengkapkan saingan kumpulan B menentang Laos pada 7 Ogos jam 3.30 petang waktu tempatan.

- Advertisement -