Muhd Farhan Hamid

Atlet pelayaran negara kini berada di Abu Dhabi untuk menyertai kejohanan Antarabangsa Perahu Layar yang akan bermula dari 5 hingga 12 Mac ini.

Kejohanan ini merupakan peluang terakhir buat atlet pelayaran dari rantau Asia khususnya yang menyediakan dua slot untuk melayakkan diri ke sukan Olimpik Rio 2016 bagi setiap acara.
Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia, Mohd Affendy Abdullah optimis dua pelayar negara, Khairulnizam dan Khairunetta Mohd Effendy akan menyinar sekaligus melayakkan diri ke sukan Olimpik Rio Ogos depan.
‘Kesemua pelayar negara dalam persiapan terbaik termasuk sesi latihan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan angin dan persekitaran. Pelayar pelayar negara menyertai Kejohanan Regatta Terbuka Emirates minggu lepas sebagai pemanas badan. Dan keputusan mereka sangat positif apabila menghuni tiga kedudukan teratas.’ Kata Mohd Effendy.
Effendy turut menambah, saingan sengit bakal diterima oleh Khairulnizam dalam kategori laser radial kerana tiga negara, Thailand,Jepun dan China dianggap sebagai penghalang utama.
Malah, keadaan bertambah sukar apabila bot Khairul mengalami keretakan kecil dibahagian dalam sekaligus bakal menjejaskan percaturan Khairulnizam kelak.
Manakala Laser Radial wanita, Effendy tampak yakin Khairunetta mampu mengatasi cabaran khususnya daripada Korea Selatan dan Thailand untuk menempatkan diri di kedudukan dua teratas.
Selain Khairulnizam dan Khairunetta, pelayar negara yang turut memburu slot ke sukan Olimpik adalah Ahmad Latif Khan, Muhd Farhan Hamid, Asri Azman dan Norliyana Muhd Latif.
- Advertisement -