Pemain terbaik perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia dan Thailand, Brendan Gan tidak melihat kejayaan yang dikecapi adalah hasil dirinya seorang.

Pemain tengah skuad Harimau Malaya itu lebih melihat kerjasama diantara pemain pemain menjadi faktor utama kepada kejayaan Malaysia meraih kemenangan penting untuk menghidupkan peluang layak ke Piala Asia.

‘Ia merupakan persembahan hebat dari pasukan…mereka meletakkan 110 peratus, memperlihatkan semangat juang dan penonton juga sangat mengagumkan. Suasana sangat menyenangkan dan berjaya memperoleh kemenangan adalah satu perkara yang sungguh mengujakan.

‘Perkara yang hebat tentang pasukan ini adalah siapa sahaja yang ‘masuk’, mereka lakukan dengan baik. Tidak kira siapa yang memulakan dan tidak kira siapa yang masuk daripada bangku simpanan, kita semua mempunyai satu ‘gol’ dalam minda, iaitu untuk menang…untuk layak ke Piala Asia 2023, ” kata Brendan

 

 

Brendan Gan menyuntik semangat junag Harimau Malaya selepas menyamakan kedudukan di minit ke 26 menafikan kelebihan jaringan pembukaan pelawat di minit ketujuh oleh Chanatip Songkrasin .

Kelibatnya sekali lagi menjadi tumpuan apabila hantarannya dimanfaatkan Mohamadou Sumareh yang melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan voli kencang untuk menggegar gawang Thailand sekaligus memastikan kemenangan memihak Malaysia.

“Bagi saya, tidak kira siapa yang menjaringkan gol dan siapa yang membantu, asalkan di penghujungnya kita mendapat kemenangan,” katanya lagi.

- Advertisement -