Siti Nur AziahPESERTA program Belia Belayar di Langkawi amat teruja mengikuti program tersebut dan berharap agar ia boleh dianjurkan dengan lebih konsisten untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar dalam sukan pelayaran.

Guru pengiring SMK Vokasional Langkawi, Nor Bayah Othman berkata pendedahan awal kepada pelajar mengenai sukan pelayaran sangat penting dalam menarik minat mereka untuk menceburkan diri dalam sukan ini.

“Saya sendiri akan berkongsi pengalaman berada di atas bot F36 dan belajar teknik-teknik pengendalian bot tersebut yang cukup bernilai,” katanya ketika ditemubual di Pusat Latihan Perahu Layar Malaysia.

Siti Nur Aziah Abdullah, (gambar) yang juga guru pengiring sekolah tersebut berkata, selama ini kebanyakkan pelajar kurang didedahkan dengan lebih dekat dengan sukan ini.

“Pada saya ini adalah sukan yang baru mendapat tempat di hati peminat-peminat sukan layar. Adalah diharapkan dengan adanya program sebegini akan membuka peluang baru kepada bakat-bakat muda menonjolkan potensi diri mereka,” katanya.

“Sukan pelayaran merupakan sukan yang memerlukan prestasi kemahiran yang tinggi. Semangat kerjasama sepasukan juga amat penting untuk meraih kejayaan.  Sukan ini juga dapat membina keyakinan diri setiap individu yang terlibat.”

- Advertisement -