Saingan kemuncak Kejuaraan F4 South East Asia (F4 SEA) bagi musim 2017-18 akan berlangsung di Sepang dari 13 hingga 15 April 2018 dengan pembabitan penuh Petron Malaysia – selaku penaja bahan api rasmi dan rakan minyak enjin bagi Kejuaraan F4 SEA.

“Kami berbangga dengan kejuaraan ini dan merakamkan ucapan tahniah kepada AAA group promoters bagi FA SEA di atas kejayaan musim ini. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada Kejuaraan ini menerusi penggunaan bahan api premium yang inovatif – Blaze 100 Euro 4M dan minyak ejin Blaze Racing Fully Synthetic.

“Perkongsian dan gandingan ini membolehkan kami membuktikan keampuhan dan kualiti tinggi bahan api dan minyak pelincir kami yang bukan sahaja sesuai untuk penggunaan seharian buat pengguna, malah merupakan bahan yang tepat untuk perlumbaan formula,” kata Ketua Dagangan Runcit Petron, Faridah Ali.

“Kejuaraan F4 SEA secara eksklusif menggunakan produk berprestasi tinggi Petron seperti Blaze Racing Engine Oil dan Blaze 100 RON bagi prestasi paling hebat,” kata Promoter Formula 4 SEA Peter Thompson.

Pertama dalam teknologi dan inovasi bahan api, Petron dikenali menerusi pelancaran minyak premium 100 RON, yang satu-satunya bahan dan pertama seumpamanya di pasaran Malaysia pada Januari 2016.

Blaze 100 dirumus dengan TriAction Advantage – iaitu formula bahan api tambahan yang memberikan lebih kuasa, perlindungan enjin lebih baik dan lebih batuan dan penjimatan, menyediakan tindakbalas enjin yang cemerlang, menghasilkan kuasa optimum dan kuasa pecutan lebih pantas.

Blaze 100 dibuat di Malaysia dan dihasilkan di kilang Penapisan Minyak Petron di Port Dickson.

Blaze Racing Fully Synthetic menghasilkan perlindungan enjin yang optimum dalam keadaan pemanduan ekstrim khususnya dalam perlumbaan sukan bermotor. Blaze Racing dirumus khas dengan TS3™ (Thermal Stress Stabilizing System), satu teknologi eksklusif bagi memastikan kestabilan minyak dalam suhu ekstrim dan tekanan enjin.

Saingan kemuncak kejuaraan pasti menarik dengan penyertaan pemandu negara yang berazam mengakhiri musim ini dengan kejayaan cemerlang pada saingan pusingan kelima dan terakhir nanti.

Saingan pusingan akhir dari 13-15 April ini akan menyaksikan enam perlumbaan dengan harapan tinggi buat pelumba negara untuk menguasai litar

- Advertisement -