Ketua jurulatih skuad projek khas lelaki, Wallace Tan melihat saingan di dalam Piala Remaja Asia sengit.

Fokus Wallace Tan adalah mempersiapkan pemain pemain sebeum turun ke Dhaka untuk memulakan saingan peringkat kumpulan B.

Malaysia berada di dalam kumpulan B bersama sama Jepun, China, Uzbekistan dan Singapura.

Manakala kumpulan A terdiri daripada India, Korea Selatan, Pakistan, tuan rumah Bangladesh serta Taiwan.

Malaysia akan memulakan kempen saingan peringkat kumpulan menentang Uzbekistan pada 2 Julai disusuli aksi menentang China pada 4 Julai.

Kedudukan pasukan dalam kumpulan A dan B ditentuka. berdasarkan ranking dunia FIHA pasukan pasukan yang bertanding pada 20 Oktober tahun lalu.

Ia menyaksikan India diletak sebagai pasukan pilihan pertama memandangkan mereka berada di ranking keempat dunia diikuti Malaysia yang berada di kedudukan ke 11 dunia manakala Jepun (15), Korea Selatan (16) dan Pakistan (17) bakal turun selaku pasukan pilihan ke 3, 4 dan 5 kejohanan  

- Advertisement -