Impian untuk melihat skuad Piala Uber negara melakar kemenangan dalam aksi sulung kumpulan D tidak kesampaian apabila tewas 2-3.

Perseorangan wanita, Sonia Cheah turun berdepan Fitriani Fitriani nyata tidak diberi laluan mudah sepanjang tiga set.

Sonia Cheah bagaimanapun tewas 10-21 di set pertama, namun bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk menang 21-17 di set kedua sekaligus mengherat permainan ke set penentuan.

Fitriani tampak semakin longlai sekaligus memberi ruang kepada Sonia untuk mencari ruang sekaligus menutup saingan dengan kemenangan untuk menyumbang mata pertama buat Malaysia dengan kemenangan 21-14.

Jejak Sonia bagaimanapun gagal diekori tiga lagi wakil negara yang tewas kepada lawan masing masing sekaligus meletakkan Indonesia didepan 3-1.

Bergu negara, Goh Yea Ching-Lee Meng Yean tewas straight set 13-21, 14-21 kepada gandingan ranking ke enam dunia Greysia Polii-Apriyani Rahayu untuk mata penyamaan buat Indonesia.

Giliran Gregoria Mariska menyumbang mata kedua untuk Indonesia sekaligus mendahului Malaysia selepas membenam cabaran Goh Jin Wei 22-20, 21-16.

Gandingan Della Destiara Haris-Rizki Amelia Pradipta terus cemerlang menyumbang mata ketiga untuk Indonesia selepas menewaskan pasangan Chow Mei Kuan-Vivian Hoo Kah Mun 24-22, 20-22, 21-12.

Impian Indonesia untuk meraih mata keempat menerusi perseorangan ketiga, Ruselli Hartawan tidak kesampaian apabila tewas 23-21, 21-23, 13-21 kepada S Kisona.

Malaysia berdepan tugas sukar pagi esok apabila berdepan China, manakala Indonesia dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perancis.

- Advertisement -