mncfOleh Ku Mohd Lufti

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) bersedia menarik diri daripada menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 andai ia menimbulkan masalah besar.

Presidennya, Datuk Abu Samah Abd Wahab bagaimanapun optimis keputusan positif bakal diperoleh daripada pertemuan dengan Timbalan Pesuruhjaya Sukan, Mohd Saleh Ghazali.

“Rumusan mesyuarat itu akan diserahkan kepada Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman sebelum diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi membuat keputusan.

“Kita harap keputusan positif dapat dicapai,” kata Datuk Abu Samah Wahab.

Tambah Datuk Abu Samah lagi, berkata mereka tidak menggunakan Seksyen 33 Akta Pesuruhjaya Sukan 1997, namun merujuk penggunaan Seksyen 34 yang menyebabkan kekeliruan itu.

“Ikut kefahaman kita, Seksyen 33 APS dinyatakan “Tiada seorang pun…” dan kefahaman kita ia adalah bagi orang perseorangan bukannya badan sukan.

“Kita bukan orang perseorangan jadi kami tak ikut Seksyen 33 dan guna Seksyen 34, dan menyebabkan kekeliruan. Kalau anggap salah, kita minta maaf dan sedia kalau mendatangkan masalah, kita sedia tarik diri,” katanya lagi.

PKBM telah membida menjadi tuan rumah ACC 2018 selepas Thailand dan Korea Selatan menarik diri.

Namun, ia tidak dipersetujui Menteri Belia dan Sukan (KBS) Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mengarahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan menjalankan siasatan.

- Advertisement -