SEMANGAT “Bangkit Bersama” semakin membara dengan kontinjen negara mendapat suntikan bermakna apabila Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak hadir mengemudi Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di pusat bandaraya Kuala Lumpur pada Ahad (6 Ogos 2017).

Sejak memulakan penjelajahan pada 14 Mei lepas di Johor Bharu, Larian Obor yang bertujuan membangkitkan semangat rakyat menjelang KL2017, sudah menyusuri pelbagai laluan darat, laut dan udara, menjadikannya acara paling unik dalam sejarah penganjuran temasya. Acara berakhir pada 12 Ogos ini, sebelum Obor dijadualkan dibawa masuk ke Stadium Nasional bagi acara pembukaan rasmi pada 19 Ogos.

Bertempat di Menara Berkembar Petronas, YAB Datuk Seri Najib dan Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, memulakan larian dari KLCC ke Menara Naza sambil disertai komuniti atlet dan masyarakat pelbagai lapisan.

Acara bermula dengan penyerahan Obor KL2017 dari Negeri Selangor oleh atlet ekuestrian, Qabil Ambak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di tapak Persiaran KLCC. 

YAB Datuk Seri Najib kemudian mengetuai larian membabitkan lebih 300 peserta menuju ke Menara Naza, ibu pejabat Naza Corporation Holding Sdn Bhd yang juga penaja Platinum temasya KL2017.

Turut serta dalam acara gemilang berkenaan Menteri Belia dan Sukan YB Brig Jen Khairy Jamaluddin dan isteri Puan Nori Tun Abdullah, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri  Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz. 

Tambah bersemarak, penyertaan jaguh silat negara Mohd Al Jufferi Jamari dan ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi serta bekas atlet ternama yang pernah mengungguli persada sukan negara seperti Rashid Sidek, Datuk K.Rajagobal, Khalid Ali, V.Anggamah, Dato’ Soh Chin Aun dan Sylvia Ng.

Larian membabitkan kontinjen NAZA pula bermula di hadapan Hotel Traders sejurus selepas Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menerima obor dari Mohd Al Jufferi, sebelum obor beralih ke tangan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengasas Bersama dan Pengarah Kumpulan NAZA. 

Perdana Menteri juga menandatangani plak di Menara Naza sebagai peringatan acara bersejarah berkenaan.

Turut menarik perhatian ialah kehadiran “Pledge Car KL2017” model Peugeot 208 yang dipenuhi kata-kata semangat dan sokongan kepada atlet. 

Orang ramai yang hadir pada acara berkenaan juga bertuah kerana mendapat 300 tiket yang diedarkan oleh Naza dan Peugeot Malaysia bagi menyaksikan percuma upacara pembukaan rasmi Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos depan menerusi aktiviti komuniti setelah berakhir larian. 

 

PM LEADS THE WAY AS KL2017 TORCH RUN ENTERS FINAL JOURNEY

THE spirit and rallying cry of “Rising Together” were clearly evident and felt as Prime Minister YAB Datuk Seri Najib Tun Razak leads participants and athletes in the KL2017 Torch Run held at the Kuala Lumpur city centre on Sunday (6 Aug 2017).

It was a day filled with fun and excitement with some 300 people joining the Prime Minister and wife Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor in the Torch Run, which had travelled the length and breadth of the country since starting off in Johor Bharu on May 14.  

The KL2017 Torch Run, aimed at drumming up support for Malaysia and the national contingent bound for the 29th SEA Games, ends in Kuala Lumpur on Aug 12. The torch will be brought into the National Stadium for the lighting of the Games cauldron ceremony on Aug 19.

Starting off at the iconic Petronas Twin Tower, YAB Datuk Seri Najib dan Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah, carried the torch towards NAZA Tower at Persiaran KLCC. 

Upon receiving the torch from national equestrian athlete Qabil Ambak, Petronas Group Chief Executive Officer Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin passed on the torch to YAB Datuk Seri Najib who then carried the torch to Naza Corporation Holding Sdn Bhd headquarters at Menara Naza. The torch was then handed over to NAZA Group executive chairman and CEO SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Also in the entourage were Youth and Sports Minister YB Brig Gen Khairy Jamaluddin and wife Nori Tun Abdullah, Federal Territory Minister Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, PETRONAS Chairman Tan Sri Mohd Sidek Hassan and Kuala Lumpur Mayor, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz. 

World class silat exponent Mohd Al Jufferi Jamari and rhythmic gymnastic darling Farah Ann Abdul Hadi and other former national sporting greats including Rashid Sidek, Datuk K.Rajagobal, Khalid Ali, V.Anggamah, Dato’ Soh Chin Aun and Sylvia Ng were also part of the running entourage.

NAZA and Peugeot Malaysia also handed some 300 free tickets to lucky participants for the KL2017 opening ceremony scheduled at Bukit Jalil National Stadium, on Aug 19.

- Advertisement -