SEMBOYAN perjuangan negara ke Sukan SEA 2017 bermula secara rasmi dengan penyerahan bendera Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kontinjen Malaysia dalam suasana penuh bersemangat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini (10 Ogos 2017).

Disaksikan Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Najib menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Sukan SEA negara, Datuk Marina Chin.

Datuk Marina kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang kepada tiga juara dunia iaitu Mohd Al Jufferi Jumari (silat), Azizulhasni Awang (berbasikal trek?) dan Cheong Jun Hoong (terjun) yang dipilih menjadi pembawa bendera pada upacara pembukaan di Stadium Nasional, 19 Ogos nanti.

Dalam ucapannya yang penuh bersemangat, Perdana Menteri berkata kontinjen negara mempunyai segala kualiti diperlukan untuk menyerlah dan berharap mereka akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan sebagai hadiah kemerdekaan negara ke-60.

“Berbekal semangat Harimau dan doa seluruh rakyat, saya yakin para atlet akan Bangkit Bersama mengangkat martabat sukan negara ke tahap cemerlang.

Tunjukkan belang anda! Ini laman kita, initanahair kita, ini peluang kita untuk mendominasi Sukan SEA sekali lagi. Jadikanlah ia hadiah buat negara sempena ulangtahun kemerdekaan ke-60 negara,’ kata YAB Dato’ Sri Najib.

Pada majlis yang sama, Dato’ Sri Najib turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen Paralimpik negara yang diketuai Ketua Kontinjen Dato’ R. Subramaniam.

Ikrar perjuangan bergema dengan atlet lempar cakera, Mohd Irfan Samsudin mengetuai hampir 700 atlet melaungkan ikrar memburu kejuaraan dengan penuh bersemangat.

Turut hadir, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Dato’ M.Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Kontinjen negara ke Sukan SEA 2017 terdiri daripada 874 atlet dan 390 pegawai dengan penyertaan dalam 38 jenis sukan, penyertaan terbesar Malaysia dalam sejarah temasya.

Ini kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah temasya terbesar rantau Asia Tenggara ini selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Kali terakhir Malaysia muncul juara keseluruhan ialah pada 2001 di Kuala Lumpur dengan memenangi 111 emas.

BATTLE FOR GAMES SUPREMACY BEGINS

MALAYSIA’s challenge in the 29th SEA Games Kuala Lumpur 2017 begins on Thursday (10 Aug 2017) with the handing over of Jalur Gemilang by Prime Minister YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak to the Malaysian contingent at the Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Witnessed by Youth and Sports Minister YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Dato’ Sri Najib handed over the national flag to chef-de-mission, Datuk Marina Chin.

Former track queen Datuk Marina then handed over the Jalur Gemilang to silat exponent Mohd Al Jufferi Jumari , Keirin world champion Azizulhasni Awang (track cycling) and reigining world champion Cheong Jun Hoong (diving). The trio have been named as Malaysia’s flag bearer for the biennial Games.

YAB Datuk Seri Najib, in his speech, said that the Malaysian contingent have all the qualities needed to shine in the Games and hoped Malaysia will emerge as overall champions as it will be a gift for the upcoming 60th National Day celebration.

YAB Datuk Seri Najib also presented the Jalur Gemilang to the national Paralympic contingent who will be competing in the 9th ASEAN Para Games from Sept 17-23. Chef de Mission Dato’ R. Subramaniam received the flag from YAB Dato’ Sri Najib.

Discuss thrower Mohd Irfan Samsudin led the 800-strong Games bound contingent at the oath taking ceremony.

Also present were Olympic Council Malaysia president, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, Paralympic Council of Malaysia Malaysia president SM Nasarudin SM Nasimuddin and Youth and Sports Deputy Minister Dato’ M.Saravanan.

Malaysia will be representd by 874 athletes and 390 officials, whoare down to compete in 38 sports, the largest ever in the history of the Games

This is the sixth-time Malaysia played host to the biggest games in South-east Asia regional games after 1965, 1971, 1977, 1989 and 2001.

Malaysia last hosted the SEA Games in 2001, emerging champions with a collection of 111 gold medals.

- Advertisement -