‘Drama’ yang diatur Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bertambah hangat susulan bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali yang membuat keputusan untuk meninggalkan skuad Singa Utara.

Keputusan ini dibuat Safee yang tampak kecewa dengan sikap sambil lewa pengurusan PFA susulan tunggakan gaji yang tidak diterimaĀ  sejak dua bulan lepas.

Menerusi kenyataan diĀ  laman Facebooknya (https://www.facebook.com/SafeeSali10Official/), penjaring terbanyak Piala AFF 2010 ini mengkritikĀ  PFA yang gagal mengotakan janji untuk melunaskan tunggakan gaji yang telah berlarutan sejak beberapa bulan lepas.

ā€œSegala yang saya curahkan dengan ikhlas memang tidak ada maknanya bagi pihak pengurusan.Pemain dan staf kejurulatihan dah bagi yang terbaik samada dalam latihan mahupun dalam perlawanan.

ā€œSayang memang sayang tapi keputusan saya tekad demi memberi pengajaran kepada pengurusan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak ada hati perut,ā€ kata penyerang berusi 35 tahun itu.

Laporan media tempatan turut menjangkakan langkah yang sama bakal diambil pemain pemain lain dalam pasukan Perlis andai pengurusan ‘PFA’ meneruskan ‘drama’ berhubung tunggakan gaji ke atas pemain pemain.

- Advertisement -