20160312 - Liga KPM U14 Coach SSM Bukit Jalil -001

20160312 - Liga KPM U14 SSN Tganu vs SSM Bukit Jalil -001

Liga Piala Remaja KPM-FAM Bawah 17 Tahun semakin rancak apabila pendahulu liga, SMK Seri Kota dari Melaka tumpas 1-2 kepada SMK Seri Titiwangsa dari Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Selepas tewas pada perlawanan pembukaan, SMK Seri Titiwangsa tidak rela berputih mata dilaman sendiri.

Royizzad Daud membuka tirai gol buat tuan rumah diminit ke 6, namun pelawat menyamakan kedudukan 7 minit berselang menerusi jaringan Syazly Adly Sarudin.

Tiada jaringan dilakar sehinggalah perlawanan berbaki 2 minit untuk ditamatkan apabila Megat NAzrin Shah Megat Zele muncul wira tuan rumah meledak gol kemenangan.

SMK Seri Kota bagaimanapun kekal menerajui liga, berkongsi 3 mata dengan 6 lagi pasukan termasuk SMK Seri Titiwangsa yang berada di tangga kedua.

Di Gambang, tuan rumah, SSM Pahang Bawah 15 Tahun gagal memanfaatkan peluang untuk meraih mata penuh sekaligus memintas SMK Seri Kota selepas tewas 0-2 kepada wakil utara tanah air, SMK Mutiara Impian.

Gol pelawat dijaringkan Muhd Azmeer Aris Nor Rashid dan Muhd Akif Iqraiz Zuhari dibabak kedua perlawanan sekaligus SSM Pahang turun ke tangga ke 5 liga.

Jaringan tunggal Muhd Azfar Fikri Azhar memastikan kemenangan sulung buat SSM Tunku Mahkota Ismail Bawah 14 Tahun ke atas SMK Seberang Temerloh di tempat lawan.

Manakala dua pasukan melakar keputusan seri, SMK Tun Hussein Onn terikat satu sama dengan SMK Tunku Anum manakala SMK Zaaba terikat tanpa jaringan dengan SMK Syed Hassan.

20160312 - Liga KPM U14 SSN Tganu vs SSM Bukit Jalil -002

20160312 - Liga KPM U14 SSN Tganu vs SSM Bukit Jalil -004

SEMENTARA ITU, dalam saingan Liga Piala Menteri Pendidikan Bawah 14 Tahun, carta liga kekal milik SMK Seberang Temerloh yang mengekalkan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan selepas menundukkan SSM Tunku Mahkota Ismail bawah 14 tahun 1-0 hasil jaringan Muhd Azrul Haikal Ramlee.

Tiga pasukan, SMK Bukit Nenas, SSM Bukit Jalil dan SSM Tunku Mahkota Ismail terlepas peluang untuk mengekori rapat SMK Seberang Temerloh apabila sekadar seri dengan lawan masing masing.

Pemain SMK Bukit Nenas, Muhd Rahimi Ridhauddin Mohd Rani menyelamatkan maruah SMK Bukit Nenas apabila menutup kelebihan jaringan SSM Bukit Jalil, Muhd Amir Ariffin Zulkifli sekaligus kedua dua pasukan pulang dengan 1 mata.

Jurulatih SMK Bukit Nenas, Asmawi Sulong tetap berpuas hati dengan keputusan seri yang dihasilkan khususnya aspek kerjasama dikalangan pemain.

‘kami berjaya mengutip satu mata daripada satu pasukan yang boleh dianggap hebat. Pemain pemain saya juga mempamer peningkatan yang positif berbanding perlawanan pertama. Tetapi saya perlu memerhatikan beberapa pemain dan perlu diberi penekanan khusus.’ Kata Asmawi Sulong.

Selepas dua perlawanan, SMK Bukit Nenas dan SSM Bukit Jalil berkongsi 4 mata, menghuni tangga ke 2 dan 3.

SMK Pulau Mutiara berpeluang untuk mencabar pasukan kelompok atas apabila melakar kemenangan dalam aksi sulung, menewaskan SSM Pahang Bawah 13 tahun 2-0.

Liga Piala Kementerian Pelajaran Malaysia dan Piala Super 100 Plus adalah beberapa program  dan pertandingan peringkat remaja yang disokong 100 PLUS, pembekal minuman isotonic di Malaysia.

Selain bolasepak kejohanan lain seperti, kejohanan Golf Remaja Terbuka Malaysia 100PLUS, dan kejohanan Badminton Remaja Sirkit KEbangsaan 100PLUS.

100PLUS diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara, MSN.

 

KEPUTUSAN

LIGA PIALA PIALA REMAJA KPM-FAM BAWAH 17

 

SMK ZAA’BA (SSN N SEMBILAN) 0

SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS) 0

 

SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG) 0

SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B 14) 1

 

SSM PAHANG B15 0

SMK MUTIARA IMPIAN (SSN P PINANG) 2

 

SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR) 1

SMK TUNKU ANUM (SSN KEDAH) 1

 

SMK SERI TITIWANGSA (SSN W PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2

SMK SERI KOTA (SSN MELAKA) 1

 

LIGA PIALA MENTERI PENDIDIKAN BAWAH 14 TAHUN

 

SMK ZAA’BA (SSN N SEMBILAN) 0

SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS) 0

 

SSM BUKIT JALIL B14 1

SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU) 1

 

SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG) 1

SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14) 0

 

SSM PAHANG (B 13) 0

SMK MUTIARA IMPIAN (SSN P PINANG) 2

 

SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR) 1

SMK TUNKU ANUM (SSN KEDAH) 1

 

SMK SERI TITIWANGSA (SSN WILAYAH PERSEKTUAN K LUMPUR) 0

SMK SERI KOTA (SSN MELAKA) 0

- Advertisement -