Sebagai persediaan bagi menghadapi dua kejohanan penting berturut-turut iaitu Sukan SEA Kemboja 2023 (5 hingga 17 Mei) dan Kejohanan Piala Remaja Asia 2023, Salalah, Oman (23 Mei hingga 1 Jun), Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan di Perth Australia telah diatur buat Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, di mana perlawanan akan bermula pada 6 hingga 14 April 2023.

Skuad Remaja Negara yang akan berlepas ke Perth pada 4 April (Selasa) akan melalui enam perlawanan persahabatan sebelum pulang ke Malaysia pada 15 April 2023 dan menerusi senarai 21 pemain yang dibawa, dua daripadanya merupakan penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, enam pemain diposisi tengah dan enam penyerang.

Jelas Ketua Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Muhamad Amin Rahim, pemain yang dibawa ke Perth merupakan pemain yang telah menunjukkan persembahan terbaik sewaktu saingan TNB Liga Hoki Malaysia baru–baru ini .

“Selain daripada pemain yang beraksi bersama Young Tigers, terdapat juga muka baru dibawa ke Perth dan peluang yang diberikan kepada mereka ini adalah untuk kami barisan kejurulatihan menilai tahap kemampuan mereka untuk beraksi di peringkat tertinggi.

“Untuk Siri Jelajah Persahabatan kali ini, kami akan menentang Kelab Senior di Australia dan apabila menentang kelab yang rata-ratanya merupakan pemain senior, sudah tentu kualiti serta tempo permainan akan berbeza.

“Kepantasan untuk berfikir serta kepantasan fizikal juga akan menjadi taruhan pasukan dalam aksi persabahatan tersebut di mana ianya cukup baik bagi mempersiapakan pemain agar bersedia sepenuhnya menjelang dua kejohanan penting (Sukan SEA dan Piala Remaja Asia 2023).

“Selain itu di dalam aksi persahabatan ini juga saya ingin melihat kemampuan pemain untuk beraksi di dalam situasi tekanan tinggi dan seperti yang semua sedia maklum, Australia merupakan antara pasukan terbaik di dunia.

“Saya turut meletakkan harapan untuk pemain-pemain yang diberikan peluang ini agar mengambil dan menggunakannya dengan sebaik mungkin selain belajar untuk beraksi di perlawanan yang mempunyai tempo serta tekanan tinggi kerana pasukan akan menghadapi dua kejohanan yang cukup penting,” jelas beliau.

 Berikut merupakan senarai 21 pemain yang mengikuti Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan, Perth, Australia.

NO NAMA POSISI
1. Muhammad Danish Afnan Mohd Faizal Penjaga Gol
2. Mohamad Rafaizul Mohamad Saini Penjaga Gol
3. Muhammad Faris Harizan Pertahanan
4. Perabu Tangaraja Pertahanan
5. Samrin Asri Pertahanan
6. Ahmad Ariff Daniel Mohd Shahrien Pertahanan
7. Azmilmuizzuddin Misron Pertahanan
8. Akmal Azaman Pertahanan
9. Wan Muhammad Najmie Ahmad Dzaib Pertahanan
10. Muhammad Amirul Aiman Ariffin Tengah
11. Muhammad Danish Danial Abdul Wahab Tengah
12. Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari Tengah
13. Muhammad Aqil Danial Mat Ruslee Tengah
14. Andywalfian Jeffrynus Tengah
15. Alfarico Lance Liau Jr Tengah
16. Shahmie Irfan Suhaimi Penyerang
17. Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini Penyerang
18. Azimuddin Syakir Kamaruddin Penyerang
19. Mohammad Harris Iskandar Osman Penyerang
20. Mughni Mohamad Kamal Penyerang
21. Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar Penyerang

 

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan persahabatan Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan di Siri Jelajah Perth, Australia.

NO TARIKH MASA VENUE LAWAN
1. 6 April 2023

(Khamis)

9:30 Malam Perth Hockey Stadium All Stars Players lwn Malaysia
2. 7 April 2023

(Jumaat)

8:30 Malam Perth Hockey Stadium All Stars Players  lwn Malaysia
3. 9 April 2023

(Ahad)

8:30 Malam Perth Hockey Stadium All Stars Players  lwn Malaysia
4. 11 April 2023

(Selasa)

7:30 Malam Hale Hockey Ground Hale Hockey Club lwn Malaysia
5. 13 April 2023

(Khamis)

7:30 Malam Lemonos Hockey Ground WASPS/YMCC Hockey Club lwn Malaysia
6. 14 April 2023

(Jumaat)

7:30 Malam Fremantle Cockburn Hockey Stadium Fremantle Hockey Club lwn Malaysia

 

** Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -