# Lee Hui Xian tamatkan penantian

Kutipan pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 menyaksikan dominasi kontinjen Melaka yang meraih tiga pingat emas daripada sukan wushu yang berlangsung di Dewan Kolej Matrikulasi Gopeng.

Si Shin Peng meraih ems pertama bagi SUKMA edisi ke 19 hari ini selepas mendominasi displin Jianshu lelaki.

Atlet berusia 16 tahun kelahiran dari Malim ini meraih 9.48 mata untuk meraih pingat emas mengatasi dua pencabar, Elvic Bong Qian Zheng yang mengumpul 9.40 mata untuk berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa menjadi milik atlet Terengganu, Mohamad Afiq Danial Mohd Firdaus Chua.

Kejayaan di Perak sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenanginya ketika di SUKMA Sarawak pada 2016.

Emas kedua hadir menerusi displin Jianshu wanita menerusi Tammy Hui Ling yang mengumpul 9.44 mata diikuti Stephanie Ngu Chai Ern (Sarawak) untuk pingat perak, ketinggalan 0.04 mata dibelakang pemenang manakala Wong Kai Xin dari Perlis melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa dengan catatan 9.34 mata.

Tan Cheong Wan menyumbang emas ketiga untuk Melaka menerusi displin Gunshu Lelaki setelah mengutip 9.58 mata meninggalkan atlet Pulau Pinang Muhammad Danish Aizad Mohd Firdaus Chua untuk pingat perak dengan 9.45 mata dan gangsa diraih atlet Sarawak, Clement Thian Fung Seng yang memungut 9.43 mata.


Dalam pada itu, atlet wushu kelahiran Sarawak, Lee Hui Xian meraih emas displin Nandao wanita sekaligus menamatkan badi tanpa pingat emas sejak 2014.

Hui Xian mengumpul catatan 9.54 mata untuk muncul pemenang berkelbihan 0.19 mata di depan pemenang pingat perak dari Melaka, Tan Cheong Min yang mengumpul 9.45 mata manakala peserta tuan rumah, Perak, Wong Xin Yi sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa (9.35)

Gelanggang wushu menawarkan tujuh lagi pingat emas pada Rabu.

Sukma Perak 2018 yang akan dibuka secara rasmi malam ini akan berlangsung sehingga 22 Sept, dengan menawarkan 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.

 

 

- Advertisement -