chris-eaton
Chris Eaton

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Kahiry Jamaluddin Abu Bakar mahu bekas ketua keselamatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton tampil memberikan maklumat berhubung kenyataannya yang mendakwa Malaysia kini mengambil alih tempat Singapura sebagai hab mengatur perlawanan di Asia Tenggara.

Jelas Khairy, maklumat tersebut perlu juga diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum pihaknya (KBS) mengambil tindakan lanjut.

“Tiga, empat tahun lepas, kita sudah mulakan usaha mengurangkan gejala mengatur perlawanan dengan memerangi sindiket bookie dan pemain pemain yang terlibat.

“Sekiranya chris eaton ada maklumat tambahan yg boleh membantu, saya harap beliau dapat tampilkan maklumat tersebut.”Kata Khairy Jamaluddin.

Beliau juga mengharapkan jawatankuasa integriti di setiap persatuan bolasepak negeri memainkan peranan termasuk bekerjasama dengan PDRM dan SPRM bagi membanteras isu ini.

Agensi berita antarabangsa AFP, melaporkan, Eaton pada sebuah persidangan di Singapura mendakwa Malaysia menjadi hab mengatur perlawanan di rantau ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, malah mahu Eaton tampil memberikan bukti jika dakwaannya benar.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan, PDRM tidak menerima sebarang maklumat samada daripada FIFA ataupun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkenaan Malaysia menjadi hab mengatur perlawanan di Malaysia.

PDRM adalah anggota Jawatankuasa Integriti, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ditubuhkan untuk menangani gejala rasuah dan mengatur perlawanan.

Tan Sri Khalid turut mengalu alukan sebarang maklumat yang kukuh dan disertakan bukti kepada PDRM andai wujud sebarang gejala negative dalam industry sukan di Malaysia.

- Advertisement -