sea_games_2017Oleh Ku Mohd Lufti

Tarikh muktamad bagi penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para ASEAN 2017, akan dimuktamadkan pada minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran Sukan SEA 2017,(MASOC) berkata perkara itu akan dimaklumkan melalui Sekretariat Sukan SEA.

“Kita ambil maklum keputusan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan kita kena hormati keputusan yang telah dibuat, dan sekarang kita akan susun semula jadual,” kata khairy

Berkenaan cadangan untuk Malaysia menggabungkan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN, Khairy berkata kementerian menghormati keputusan SEAGF untuk mengadakan kedua-dua temasya itu berasingan.

Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Khamis menolak cadangan Malaysia untuk menggabungkan Sukan SEA ke 29 dengan Sukan Para ASEAN ke 9.

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, merupakan kali keenam Malaysia menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Temasya sukan dwitahunan itu akan melibatkan penyertaan dari 11 negara di rantau Asia Tenggara iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Myanmar, Singapura, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, Timor Leste dan Malaysia.

- Advertisement -