Ratu trek negara, Fateha Mustapa mengucapkan selamat tinggal kepada arena basikal selepas mengumumkan persaraannya hari ini.

menerusi entri di dalam facebook, Fatehah merasakan sudah masa untuknya mengumumkan persaraan selepas menceburi dunia berbasikal trek hanpir dua dekad.

“Saya telah memutuskan untuk bersara sebagai pelumba berbasikal selepas 17 tahun melibatkan diri dalam sukan ini. Ucapan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan SSBP dan penaja penaja, Simedarby, CIMB, Air Asia, Tumi, Nike, dan Oakley diatas peluang yang telah diberikan untuk mencapai matlamat dan menjadikan impian menjadi kenyataan.

“Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada wakil Malaysia di Sukan Olimpik dua kali dan membawa Jalur Gemilang di Sukan Komanwel 2014,”kata Fateha.

Tambahnya lagi, selain ucapan penghargaan dan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan, Fateha juga berterima kasih kepada jurulatih trek negara, John Beasly 

 

 

“Terima kasih kepada pasukan yang berada di Melbourne untuk segalanya dan saya bertuah kerana mempunyai keluarga yang baik.

“Kepada individu yang telah mendidik saya selama 11 tahun, dia bukan sahaja jurulatih, tetapi seorang ayah yang sentiasa ada untuk menemani anak perempuan disaat waktu sukar dan ketika meraih kejayaan. Terima kasih diatas segala pengorbanan yang dilakukan untuk saya,”katanya lagi.

Dalam pada itu, laporan Nadi Arena juga mengesahkan, Majlis Sukan Negara (MSN) menerima keputusan yang dibuat oleh Fatehah Mustapha dan telah menerima surat daripada Fatehah yang menyatakan hasratnya untuk bersara.

2011 antara tahun cemerlang buat Fatehah apabila merangkul tiga pingat emas di pentas Sukan SEA menerusi acara pecut individu dan berpasukan serta ujian masa individu.

Pelumba berusia 31 tahun kelahiran Hulu Terengganu itu turut meraih emas di Kejuaraan Asia pada 2012 di Velodrom Cheras, dalam acara Keirin disusuli dan 2013 (New Delhi) menerusi acara pecut.

Penampilannya di Sukan Asia tidak kurang hebat apabila menjadi atlet wanita pertama dalam sukan berbasikal yyang berjaya meraih pingat selepas meraih pingat Perak pada 2014 di Incheon dalam acara Keirin.

Fatehah menjadi atlet trek wanita kedua yang mengumumkan persaraan daripada trek  selepas Farina Shawati Mohd Adnan yang turut meninggalkan kem trek negara dan bakal menyertai skuad paralimpik kendalian Johari Nayan.

 

 

- Advertisement -