Football Association of Malaysia (FAM) Logo - 230x250Oleh Ku Mohd Lufti

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM,  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah masih mempertimbangkan sama ada akan terus menyandang jawatan tersebut ataupun mengundur diri.

Baginda masih memerlukan masa untuk membuat keputusan muktamad selepas Jawatankuasa Eksekutif FAM menolak perletakan jawatannya awal bulan ini.

Tengku Abdullah menyatakan demikian semasa ditemui selepas menerima zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji bagi pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, MUIP di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana Kuantan.

“Saya tak buat kata putus lagi. Saya ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan dahulu sebelum saya buat kata putus. Namun demikian, niat untujk berundur masih ada,” titah Tengku Abdullah.

Tengku Abdullah pernah menyatakan akan memutuskan kedudukanya sebagai Presiden FAM selepas pertemuannya dengan Setiausaha Agung Datuk Hamidin Mohd Amin awal bulan ini.

Baginda juga berhasrat melepasakan jawatan pada 7 September tahun lalu selepas kecewa dengan kekalahan besar 10-0 skuad Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu, UAE pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Piala Asia 2019 DI Abu Dhabi .

Tengku Abdullah yang dipilih menerajui FAM sehingga 2018 mengambil alih tugas daripada ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang melepaskan jawatan selepas memimpin FAM selama 30 tahun dalam Kongres FAM ke 50 pada Mei 2014.

- Advertisement -