Kem skuad antarabangsa Ghana panas seketika apabila jurulatihnya ‘CK’ Akonnor menghalau pemain tengah, Thomas Partey daripada menyertai latihan susulan sikapnya yang tidak profesional.

Media tempartan, Ghanasoccernet.com melaporkan pemain Arsenal itu melaporkan diri ke kem skuad kebangsaan dua hari lewat daripada jadual yang telah dikeluarkan.

Ia jelas tidak disenangi Akonnor malah melihat sikap penolong kapten The Black Star itu tidak wajar tatkala rakan rakan yang lain mematuhi arahan yang telah diberikan.

Partery dikatakan enggan menyertai kem latihan skuad Ghana mengikut jadual yang ditetapkan kerana mahu bercuti terlebih dahulu.

Ghana menjalani latihan sebagai persiapan untuk mengharungi dua aksi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Maghribi pada Rabu disusuli aksi kedua menentang Ivory Coast pada Sabtu.

 

 

- Advertisement -