Sukan SEA ke-31 yang dijadualkan berlangsung pada akhir tahun ini berkemungkinan akan ditunda dengan penularan gelombang baru Covid-19 di Asia Tenggara, termasuk tuan rumah, Vietnam.
Baru-baru ini, kerajaan Vietnam meminta Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan mengemukakan rancangan penganjuran temasya tersebut berdasarkan keadaan semasa dan sehubungan itu akan mempertimbangkan sama ada penganjuran akan diteruskan atau tidak.
Seorang pegawai dari Jabatan Umum Sukan dan Latihan Fizikal, mengakui berdepan beberapa kesukaran untuk menganjur temasya ini.
Sehubungan itu, katanya, atlet dari negara anggota tidak menerima latihan secukupnya yang akan mempengaruhi pencapaian yang kurang memuaskan. Pengiklanan juga turut berdepan kesukaran untuk mendapat hasil yang diinginkan.
Masalah terbesar adalah kehadiran atlet, pegawai, pengadil, kakitangan perubatan, serta pegawai keselamatan yang dianggarkan seramai 20,000 orang.
Tambah seorang Ketua dari Jabatan Umum Sukan, jawatankuasa kecil kesihatan masih belum menjalani apa-apa tindakan dan ini menjadi sangat sukar untuk mencari jalan penyelesaian dalam mencegah penyebaran Covid-19.
Lembaga penganjur Sukan SEA ke-31 masih dalam fasa persiapan sementara keputusan masih dalam pertimbangan.
Jika penangguhan temasya dipersetujui, pihak penganjur harus menetapkan tarikh baharu bagi tahun 2022 yang berkemungkinan diadakan pada bulan Mac atau Jun serta banyak temasya sukan besar akan diadakan pada tahun itu.
Vietnam terpilih menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini pada 2003.
Sebanyak 40 jenis sukan dengan 520 kategori dijadualkan diadakan di ibu negara, Hanoi dan 11 wilayah lain termasuk Bac Ninh, Vinh Phuc, Hoa Binh dan Hai Duong. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -