Kejohanan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNBMJHL) edisi 2023 bakal membuka tirai pada 3 hingga 19 Ogos 2023 dan menampilkan 45 pasukan Lelaki dan Wanita dengan 136 perlawanan akan dilangsungkan untuk edisi tahun ini.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu dalam satu sidang media yang berlangsung di Pejabat KHM hari ini selain Dato’ Sri Dr. Anil turut mengesahkan sebanyak lima venue pertandingan telah dikenalpasti dan had usia bagi penyertaan kejohanan ini adalah bawah 19 tahun.

Keputusan untuk memperbanyakkan venue pertandingan dibuat bagi menarik minat lebih banyak pasukan untuk mengambil bahagian pada kejohanan yang akan datang dan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, dipilih sebagai venue pentas final buat semua kategori yang akan berlangsung pada 19 Ogos 2023.

Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil juga akan turut menjadi venue pertandingan buat 10 pasukan yang akan berentap bagi Division Satu, sementara bagi Kategori Wanita, 16 pasukan akan beraksi di Stadium Hoki Pantai, Kuala Lumpur dan Stadium Hoki KPM, Kuala Lumpur.

Bagi Kategori Lelaki Division Dua pula, 9 pasukan daripada Kumpulan A akan bersaing di Stadium Hoki Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang dan 10 pasukan bagi Kumpulan B akan bermain di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka.

Dalam sidang media yang sama, Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu turut mengumumkan bahawa penganjuran Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2023 akan berlangsung pada 11 hingga 21 Oktober 202 dengan Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak dipilih sebagai venue penganjuran kali ini.

Selain itu, buat julung-julung kalinya, KHM dan Kelab Royal Selangor (RSC) akan bekerjasama dalam menganjurkan Kejohanan Veteran Kebangsaan pada 28 hingga 30 Julai 2023.

Kejohanan tersebut akan berlangsung di Royal Selangor Club, Bukit Kiara, Selangor dan akan mempertandingkan dua kategori iaitu bawah 40 serta bawah 50 tahun selain menggunakan format sembilan sebelah.

Berikut merupakan senarai pasukan yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNBMJHL) 2023

LELAKI BIL PEREMPUAN
MALACCA HIGH SCHOOL HT 1 CS HOCKEY TEAM-GIRLS
FRANCISCAN HOCKEY CLUB 2 SSTMI PKS UNITEN
PHS-MSNS-SSMS (SABAH) 3 SSTMI GIRLS JUNIORS
MSN PERLIS JR 4 KUALA LUMPUR SPORT SCHOOL (KLSS)
SSTMI JUNIORS 5 SS PREDATOR GIRLS
SSTMI THUNDERBOLTS 6 JM AURORA HAWKS
CB BOYS HOCKEY TEAM (CSBHT) 7 SSNP-MSP
SSN PREDATOR BOYS 8 WIPERS BNHC KL
SSMS RESILIENT 9 NEGERI SEMBILAN
AHP-SSP JR 10 MBPJ BLACK WIDOW
AHP-SSP-MSP THUNDERBOLTS 11 MSN TERENGGANU
SSBJ THUNDERBOLTS 12 MUTIARA IMPIAN-MSSPP-PSHA-PKS UNITEN
SSBJ JUNIOR 13 SSN KEDAH
MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)/ ANDERSON

JUNIORS

14 SOUTHERN/ PHJ/ MSNJ
ANDERSON/ KPP FELCRA 15 SMKSMAB/ PPDKS/ MSNK/ KHA
ANDERSON THUNDERBOLTS 16 SMK GUNUNG RAPAT/ MSSPK
SSN ZA’BA / R2S 17  
KELAB HOKI PAYA RUMPUT 18  
MBPJ BLACK WIDOW 19  
MSN TERENGGANU 20  
D’TOUCH BOYS 21  
PPHT THUNDERBOLTS 22  
DBKL HT 23  
JM HAWKS EYAS 24  
JM HAWKS 25  
KUALA LUMPUR SIKH SPORTS AND

RECREATION CLUB (KLSSRC)

26  
TBSS / PHNS 27  
MSSPP-PSHA 28  
SMKDBL/ PHJ/ MSNJ 29  

 

- Advertisement -